Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

LELAKI PALING BAHAYA : PART 6

“Ada ke patut dia kata adik macam lelaki. Mata dia ada masalah kut. Kena pakai kanta pembesar rasanya. Adik pergi kerja hari-hari pakai skirt labuh tau. Ada ke lelaki pergi kerja pakai skirt? Mata dia letak mana agaknya sampai cakap adik ni lelaki...” kata Ayuni meluahkan perasaan marah kepada abangnya di dalam telefon. Abangnya telefon tepat pada masanya. Dapatlah dia meluahkan rasa geram di hati kepada abangnya. Nak tak nak abangnya terpaksa juga melayan. “Alasan je tu. Orang lelaki ni bila dah tak suka lagi, macam-macam alasan diberi.”

LELAKI PALING BAHAYA [PART 5]

“TAK adil betul!” kata Hayati tak puas hati.  “Memang tak adil pun. Kita yang penat bertahun-tahun kerja di department ni, tiba-tiba orang yang baru masuk dapat naik pangkat. Pelik bin ajaib betul,” tambah Suzana.  “Tak ada yang peliklah. Orang zaman sekarang ni, asalkan pandai kipas orang atasan gerenti cepat naik punya. Betul tak Ayuni?” balas Junaidah. 

LELAKI PALING BAHAYA [PART 4]

SEDANG dia sibuk memilih pakaian yang hendak dibeli, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Seperti yang dijangka, pasti abangnya akan telefon. Baru saja semalam dia diberi kekuatan memberitahu abangnya tentang hubungannya dengan Rasydan sudah putus. Mereka berbincang sekejap memandangkan abangnya sibuk di surau ketika itu, jadi perbualan itu di sambung ke hari ini.  “Betul ni putus?” tanya Afiq kepada adiknya. .  “Betul. Putus. Tak ada apa-apa lagi. Menyampah dah,” jawab Ayuni. 

LELAKI PALING BAHAYA [PART 3]

“SAYA ada hal.” Itu jawapan Rasydan yang didengar di hujung telinganya. Jawapan yang sudah diagak.  “Hal apa? Penting sangat ke?” tanya Ayuni tak puas hati. Itu macam sengaja bagi alasan untuk mengelak. Dia sudah hafal sangat perangai Rasydan.  “Meeting,” jawab Rasydan pendek. 

LELAKI PALING BAHAYA [PART 2]

BUKA saja pintu rumah, Ayuni terperanjat besar. Nora, rakan yang sama-sama tinggal satu rumah dengannya sedang berdiri di hadapan pintu sambil bercekak pinggang. Lagak gayanya macam mak tengah marah apabila anak daranya lewat balik rumah.  “Amboiii!” tegur Nora.  “Kenapa?” 

LELAKI PALING BAHAYA [PART 1]

AKHIRNYA Ayuni mengalah juga. Apa boleh buat. Walau apa pun dia perlu melayan perutnya dengan baik. Jika tidak, gastrik pasti akan datang menyapa. Tidak sanggup dia hendak menghadapi penyakit itu lagi. Kali terakhir kena sudah rasa separuh nyawa dia menahan. Sejak itu dia berjanji tidak akan buat perutnya merana lagi.  Ayuni segera bersiap menyarung baju yang sesuai. Dia sudah nekad untuk makan di Sushi King memandangkan dia hanya mahu makan sayur. Mini Chicken Salad dan Edamame menjadi menu paling wajib. Mujurlah kedai Sushi King tidak jauh daripada apartmen yang dia tinggal. Malah tidak perlu tahan teksi untuk ke situ. Hanya 15 minit berjalan kaki.

LELAKI PALING BAHAYA [PROLOG]

“OKEY , dah siap!” kata Ayuni sambil mengelap peluh di dahinya. Rasanya hampir dekat sejam dia duduk di tengah panas membetulkan tayar kereta yang pancit tiba-tiba tadi.  “Mmm…” Lelaki di sebelahnya tidak banyak bercakap berbanding sebelum tadi. Mula-mula masa dia tawarkan diri untuk menukar sendiri tayar yang pancit itu, bukan main membebel lagi lelaki itu dan selepas satu jam, satu pujian pun dia tidak dapat.