Aku
menelan air liur. Hanya mampu melihat dia meletak sebahagian daripada
makanannya ke dalam pingganku. Apa ni? Takkan dia suruh aku makan
sebanyak ini? Dia perli aku ke? Aku tahulah yang aku ni pelahap
orangnya tapi perut aku pun akan kata big NO kalau tengok makanan
sebanyak ini.
“Makan
banyak sikit,” ujarnya.
Aku
hanya tersenyum. Okey, memandangkan ini kali pertama kami makan malam
bersama sejak hampir seminggu lebih berada di Langkawi ini, jadi aku
sengaja bagi muka. Bukan senang aku nak makan berdua-duaa dengan dia.
Kali ini, dia memilih restoran yang bagus sikit. Bukan seperti tempoh
hari, makan di kedai mamak.
Harap-harap
tak adalah orang ganggu.
“Hai
Syazwan,” tiba-tiba suara perempuan itu datang menyapa.
Arghh!
Aku baru saja sebut, dia dah muncul. Tension betul. Aku terus
berpaling. Aik? Memang itu suara Linda tapi situasi ini agak pelik
sedikit. Mata aku tidak berkelip pandang tangan Linda sedang memaut
lengan seorang lelaki. Itu Encik Wafi!
Sudah.
Apa pula kali ini?
“So,
apa yang aku dengar tu betullah? Wafi juga turun Langkawi?” kata
suamiku yang turut mempersilakan mereka makan bersama. Aduhai, ini
juga satu hal. Boleh pula dia pelawa kawan-kawannya duduk makan
bersama. Bukan senang tau nak cari peluang kami makan bersama.
“Well,
memandangkan you sentiasa sibuk habiskan masa dengan isteri you, jadi
I pun call Wafi datang sini. Jadi, tak adalah I rasa sunyi,” jawab
Linda.
Ah,
ini yang aku malas nak dengar. Sikit-sikit sebut pasa aku.
Sikit-sikit nak salahkan aku. Syazwan tu suami aku dan memang patut
pun dia habiskan masanya bersama aku. Jadi, apa masalahnya? Yang dia
tak puas hati sangat tu kenapa? Lagipun bukan selalu kami dapat
habiskan masa bersama. Tiap kali nak berdua-duaan, mesti dia datang
kacau.
“Kau
kata kau nak pergi bercuti dengan... siapa kali ni? Suzana?” soal
suamiku. Aku hanya mendengar. Aku dapat tahu daripada Wani serba
sedikit tentang Encik Wafi. Menurut Wani, Wafi seorang playboy
terhormat. Aku masih belum faham lagi kenapa dia dipanggil
'terhormat'.
“Jangan
tengok aku macam tu. Dia dapat tahu aku ada apply cuti dan aku
dipaksa datang ke sini,” jawab Wafi.
“Jadi,
kau sanggup tinggalkan Suzana dan datang ke sini?” soal suamiku
lagi.
“Well,
demi kawan secantik Linda aku sanggup buat apa saja,” jawab Wafi.
Aik?
Macam sukar nak percaya. Kali terakhir aku tengok Wafi, bukan main
bercakar lagi dia dengan Linda. Ada saja yang dibalah mereka tetapi
hari ini aku tengok Wafi versi lain. Versi dia mengambil berat
terhadap Linda.
“Kau
pasti kau tak tersalah ambil ubat hari ni?”suami aku bertanya lagi.
Agaknya dia pun perasan apa yang tidak kena dengan Wafi hari ini. Dia
kenal Wafi lebih daripada yang aku kenal pastilah dia boleh dapat
agak apa yagn tidak kena.
“Aku
pun harap aku tersalah ambil ubat,” jawab Wafi.
Wah,
pelik! Ini memang pelik. Walaupun Wafi seorang playboy tapi aku tak
fikir dia akan berfoya-foya dengan Linda. Macam ada yang tak kena je.
Aku tengok Linda asyik tersenyum-senyum daripada tadi. Macam ada
sesuatu yang sedang dirancangnya. Bukan ke Wani sudah kata sebelum
ini, Linda sanggup buat apa saja untuk dapatkan suami aku. Jadi,
Linda sedang berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak!
Sah!
Aku takkan terpedaya dengan tindak tanduknya. Aku kena berhati-hati
mulai hari ini. Aku syak, mesti dia sengaja suruh Wafi datang ke
Langkawi dan kemudian mereka umumkan hubungan mereka. Dia sengaja
upah Wafi sebab nak tarik perhatian suami aku.
Ini
tak boleh jadi, aku dapat rasa memang ini adalah salah satu langkah
Linda. Cuma aku tak dapat teka apa yang cuba dilakukannya. Aku kena
bersiap sedia mulai sekarang. Macam-macam boleh terjadi.
“Korang
berdua... ada apa-apa ke?” soalku memberanikan diri membuka mulut.
“Kami
nampak macam ada apa-apa ke?” soal Linda.
Wah,
dia betul-betul main psikologi. Ini menunjukkan dia sudah bersedia
dari segi mental dan fizikal. Aku kena berhati-hati. Sebarang langkah
tanpa berfikir memang pasti akan bawa bencana. Okey, Dayah berlagak
bodoh-bodoh sikit! Mari kita tengok siapa yang masuk perangkap.
“Saya
tengok awak berdua memang se...” belum sempat aku habiskan ayat,
tiba-tiba suamiku menyumbat sesuatu dalam mulutku. Kiwi? Dia sumbat
buah Kiwi? Tapi, bukan ke dia suka makan buah kiwi?
Kenapa?
Dia cemburu ke?
“Jangan
cakap lagi, jom makan sekarang,” katanya. Walaupun kecewa dengan
arahannya itu tapi aku tak boleh berbuat apa-apa. Aku terus makan
sementara mereka bertiga terus berbual sambil menikmati makanan.
Perbualan
mereka banyak berkisarkan tentang makanan yang dimakan mereka.
Kemudian, timbullah cerita zaman mereka belajar di London dulu. Aku
di sebelah hanya mendengar. Jadi, tunggul kayu.
“Oh
ya, tentang setiausaha yang kau suruh aku carikan tempoh hari...”
dengar saja Wafi sebut pasal setiausaha, aku terus pasang telinga.
Jadi, betullah suami aku baru pecat setiausaha dia pasal kes campak
aku di kelas ekonomi.
“Wafi,
malam ni aku tak nak bincang pasal hal kerja,” suami aku memotong
kata-kata Wafi daripada diteruskan. Aku yang baru saja nak pasang
telinga, kecewa mendengarnya.
“Oh...
okey.”
Kali
ini aku perasan Wafi memandang aku. Kenapa? Bukan ke selalu mereka
bersembang hal pejabat di depan aku. Kenapa hari ini mereka takut
pula? Takut aku dengar. Walaupun aku ada diploma Business Management
tapi itu tak bermakna aku ada potensi untuk buat syarikat mereka
bankrap!
Arggh...
Dayah fikir positif. Positif! Mungkin ada sebab kenapa suami kau tak
nak berbincang hal itu. Agaknya dia memang nak lari daripada soal
kerja sekejap. Atau... dia memang tak nak aku tahu tentang hal dia
pecat setiausahanya itu. Maklumlah dia tukan ego tinggi. Malangnya,
aku sudah tahu tentang berita itu.
Aku
menjeling memandangnya sambil mengukir senyuman. Aku tahu sangat, dia
mesti tak nak bincang hal setiausaha dia tu sebab aku ada di sebelah.
Mengaku sajalah.
“Kenapa?”
soalnya yang perasan aku tersengih-sengih sendirian.
Aku
terus tersenyum. Kali ini aku perasan mukanya nampak lain. Macam cuba
menyembunyikan sesuatu yang terselindung di hatinya. Oh, aku suka
dengan muka dia sekarang. Comel.
“Pandang
depan dan makan,” arahnya seraya menolak kepala aku supaya
memandang tepat ke arah pinggan aku.
Dalam
masa yang sama aku perasan Linda memandang aku dengan pandangan tidak
puas hati. Kan! Aku dah kata dah. Ini bermakna dia memang
berpura-pura saja tadi. Dia takkan berhenti selagi dia tak dapat apa
yang dia mahu. Walau apa pun yang dia cuba lakukan, aku tidak akan
terpedaya.
“Eh,
mana...?” tiba-tiba aku perasan suami aku tiada di sebelah. Bukan
saja suami aku tapi tempat Linda juga kosong. Yang tinggal hanya Wafi
di situ.
“Rest
room,” jawab Wafi.
Aku
menggaru kepala. Entah bila masa mereka berdua hilang aku pun tak
perasan. Agaknya aku menggelamun kot tadi. Lama ke aku mengelamun?
Eh, nanti jap, dia orang pergi bersama? Macam ada sesuatu yang tidak
kena saja. Ini tak boleh jadi! Aku nak pergi tengok.
“Dah
berapa lama kenal Syazwan?” tanya Wafi tiba-tiba, terus aku tidak
jadi bangun.
“Lama
dah tapi tak beberapa rapat sangat,” jawabku.
“I
dengar yang Syazwan tu bukan pengantin lelaki yang sebenar, betul
ke?” soalnya. Aku sendiri terkejut dengan soalan dia.
Mana
dia tahu? Syazwan ada beritahu ke? Mestilah Syazwan beritahu sebab
dia kawan Syazwan. Tapi perlu ke tanya soalan tu? Apa motif dia?
Takkan dia syak aku perempuan terdesak. So, sekarang, nak jawab apa
ni? Nak beritahu hal sebenar pasal pengantin lelaki aku lari? Lepas
tu pasti dia akan bertanya dengan lebih lanjut tentang hal sebenar.
Aku perlu cari alasan!
Eh,
nanti sekejap! Macam ada sesuatu yang tak kena. Macam mana kalau dia
sengaja tanya soalan itu sebab dia nak tarik perhatian aku. Aku
memandang dua kerusi kosong di sebelah dan hadapan aku. Sah! Ada
sesuatu yang tidak kena.
“Maaf,
saya nak pergi ke tandas,” ujarku.
Wafi
memanggil aku seakan cuba menghalang aku tapi aku tak peduli. Aku
terus atur langkah menuju ke rest room berdasarkan papan tanda yang
ditunjukkan. Tiba di persimpangan lorong hendak masuk ke rest room,
langkahku terhenti.
Ya Allah.
Aku tergamam. Tak percaya dengan
apa yang aku lihat. Serentak itu, jantungku berdegup kencang. Sukar
untuk aku percaya. Mustahil. Mungkin aku terlampau banyak berfikir,
jadi tak hairanlah aku terbayangkan situasi begini. Tolonglah
beritahu semua ini tak benar. Tolonglah bangunkan aku daripada mimpi
ngeri ini. Aku tak sanggup tengok mereka berpelukan lagi!
“Dayah...”
Bila dia nampak aku, barulah
masing-masing meleraikan pelukan. Aku masih lagi terkejut. Aku tak
tahu apa yang perlu dibuat. Situasi begini sungguh aku tidak jangka
akan berlaku di hadapan mata aku. Aku kecewa. Teramat sangat tapi aku
tak segera tunjukkannya.
Dayah, sila berfikiran dengan
waras. Kau boleh hadapi semua ini! Ingat, makhluk perosak bernama
Linda itu tidak boleh menang. Kalau kau marah, maknanya kau kalah!
Awal-awal lagi hatiku sudah bagi
amaran. Ya. Aku boleh hadapi semua ini dengan tenang. Linda seakan
buat seperti tidak bersalah. Aku boleh baca dari air mukanya. Dia
fikir dia dah berjaya sakitkan hati aku. Okey, memang hati aku sakit.
Dia memang berjaya tapi aku takkan menyerah kalah dengan begitu saja.
“Dayah...” Syazwan
menghampiri aku. Tiba-tiba aku rasa seperti kehabisan tenaga. Dengan
Linda aku masih boleh lagi tahan tapi dengannya, aku lemah. Namun,
aku tetap menguatkan semangat.
“Nak balik,” suaraku
bergetar.
Dia mengangguk, capai tanganku
dan kami pun bergerak pergi.
Di dalam kereta, ketika dalam
perjalanan balik ke hotel, aku diam seribu bahasa. Aku sengaja
memilih untuk mendiamkan diri. Ia lebih baik daripada bersuara dan
dapat jawapan yang menyakitkan hati. Lagipun kepala aku berserabut
sekarang. Setiap saat aku pasti akan terbayangkan kejadian tadi. Lagi
aku cuba buang memori itu jauh-jauh, bermacam-macam andaian yang aku
fikirkan.
“Kau dah salah faham,”
akhirnya dia bersuara.
Okey, aku dah salah faham. Sudah
tentunya aku salah faham sebab aku hanya nampak mereka berpelukan.
Aku tak tahu apa yang berlaku sebelum itu. Mungkin sebelum itu mereka
hampir disedut oleh lubang hitam atau mungkin ada gempa bumi berlaku
di tempat itu. Siapa tahukan...
“Linda cuma...” kata-katanya
terhenti di situ. Aku bertambah suspen. Boleh pula dia tergagap nak
beritahu. “Linda ada masalah. Aku cuma nak tenangkan dia,”
katanya dalam sekali nafas.
Okey. Normallah kalau orang ada
masalah. Mestilah nak cari tempat nak meluahkan perasaan. Sekarang,
aku ada masalah. Masalah aku kecil saja. Macam mana aku nak
percayakan suami aku? So, dia nak dengar tak masalah aku ni? Adakah
dia akan peluk aku macam dia peluk Linda tadi?
“Say something…”
Nak cakap apa lagi? Bukan ke dia
dah beritahu alasannya tadi. Aku tak nak panjangkan lagi hal itu.
Cukuplah dengan penjelasan dia tadi. Aku tahu itu bukan penjelasan
jujur tapi dia sendiri ada otak, dia tahu menggunakan otaknya. Kalau
dia harap dia dapat tipu aku dengan alasan sebegitu, teruskan
berbohong.
“Dayah…”
“Saya percayakan awak,”
jawabku.
Ini bukan jawapan reda dengan
apa yang berlaku. Ini jawapan yang bermain dengan psikologi
seseorang. Kalau dia ikhlas berkahwin dengan aku bukan kerana
dipaksa, dia akan rasa bersalah dengan jawapan aku ini. Begitulah
sebaliknya.
“Habis tu kenapa senyap?”
tanyanya.
Aik? Bukan ke antara kita berdua
memang selalu senyap begini? Kalau aku tak mulakan perbualan, pasti
bunyi cengkerek yang aku dengar. Lagipun dia patut tahu, walaupun aku
selalu bergurau senda dengan dia, itu hanya semasa mood aku tengah
baik. Sekarang ni, selepas apa yang berlaku, dia boleh agak kenapa
mood aku tak baik. Atau dia betul-betul tak ada perasaan?
“Tak ada apa. Penat,” soalan
dia tadi masih aku balas. Aku masih bagi muka sikit. Kalau isteri
orang lain memang dah lari satu benua kerana merajuk. Dia masih
bernasib baik sebab dapat isteri yang tak tahu melarikan diri.
Arghh… aku nak balik rumah!
Hari ini tak seperti hari-hari
sebelumnya. Awal-awal pagi lagi Syazwan sudah keluar bekerja dan
tinggalkan aku seperti biasa. Sejak malam semalam, memang kami tak
banyak berbual. Lagi menyakitkan hati, boleh pula dia duduk menghadap
kerja-kerjanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Disebabkan itu, aku tak boleh
tidur malam tadi. Hanya berpura-pura tutup mata. Bila tak boleh
tidur, macam-macam yang aku fikir. Semuanya perkara negatif
sehinggakan aku terfikir akan nasib aku sebagai isterinya kelak.
Mampu ke ruang tangga kami berkekalan kalau dia teruskan dengan sikap
acuh tak acuh begini?
Kalau aku seorang saja yang
ingin menyelamatkan perkahwinan kami tidak berguna juga. Tiba-tiba
aku rasa penat dari segi mental dan fizikal. Aku dah tak mampu nak
teruskan misi mencairkan hatinya. Tapi kalau aku putus asa sekarang,
sia-sia saja perjuangan aku selama ini. Aku tak kisah kalau dia mabuk
kerja tapi aku kisah kalau dia mabuk perempuan. Lebih-lebih lagi
Linda.
Aku sedar yang aku tak sehebat
dan secantik Linda. Tapi aku percaya, kekurangan aku bukan satu
penghalang untuk memikat hatinya. Cuma aku takut hatinya terjatuh
dalam perangkap Linda. Dan yang paling aku takut, perkahwinan kami
akan berakhir di tengah jalan.
Ding dong!
Sedang aku melayani perasaan,
tiba-tiba loceng bilik hotel aku berbunyi. Entah siapa pula yang
datang mengganggu. Wani? Mustahil. Seingat aku, semalam dia ada
beritahu aku yang rancangan hari ini dibatalkan. Aku sendiri tak tahu
kenapa. Mungkin sebab dia nak berehat.
Tanpa berlengah lagi, aku segera
buka pintu. Terkejut aku apabila melihat Wani berdiri di hadapan
pintu. Sah, aku dah dapat agak. Tak perlu teka lagi. Wani mesti
datang atas arahan suami aku. Mereka adik beradik memang rapat.
“Hai Kak Dayah,” sapa Wani
ceria seperti selalu.
Aku membalas dengan senyuman
kelat.
“Kak Dayah buat apa?” tanya
Wani yang sudah pun masuk ke dalam. Aku tak payah pelawa, dia tentu
akan masuk.
“Saja. Rehat-rehat. Wani kata
hari ni kita tak jadi pergi jalan-jalankan?” aku cuba ingatkan dia
sekali lagi.
“Err… sebenarnya Wani bosan.
Ilham tiba-tiba kena kerja, jadi Wani datang sini,” jawabnya
teragak-agak. Jawapannya macam aku boleh hidu. Macam jawapan skema
pun ada.
“Abang mana?” soalnya.
“Biasa. Kerja,” jawabku
tenang. Buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku walaupun aku
pasti, Wani tahu apa yang berlaku semalam.
“Ohh… patutlah. So… jom
kita keluar!” ajaknya.
“Maaflah Wani. Akak rasa nak
duduk rehat dalam bilik sajalah hari ni,” aku beri alasan. Serius,
aku tak ada mood nak pergi jalan-jalan sekarang.
“Kenapa? Kak Dayah tak sihat
ke?”
“Bukan tak sihat tapi malas
je,” aku bagi alasan.
“Tapi Wani tengok Kak Dayah
macam tak bersemangat saja hari ni. Kenapa? Abang ada buli Kak Dayah
ke?” soalnya lagi.
Aku geleng sambil cuba mengukir
senyuman. Aku tahu senyuman aku habar tapi ini saja yang aku mampu
buat sekarang ini. Aku betul-betul tiada mood. Hari ini aku nak
tenangkan fikiran.
“Janganlah macam ni.
Bersemangatlah sikit,” pujuk Wani.
Tiba-tiba aku rasa sebak. Aku
cuba menahannya tapi Wani terlebih dahulu perasan. Dia terus peluk
aku. Dengan cepat saja air mata aku mengalir deras. Pertama kali aku
menangis dengan sekuat hati.
Akhirnya aku mengalah dan keluar
juga dari bilik hotel. Bukannya sebab Wani pandai memujuk tapi sebab
aku fikir duduk dalam bilik akan bertambah buat otak aku berserabut.
Semakin tension jadinya. Bagaimanapun Wani membawa aku ke tempat
membeli-belah walaupun aku ingin menghabiskan masa di pantai. Menurut
Wani, shopping lebih berkesan berbanding termenung di tepi pantai.
“Sudahlah. Wani pasti abang
tak ada apa-apa dengan Linda. Bukan ke Wani dah kata awal-awal lagi,
Linda tu memang tengah tunggu peluang saja. Sekarang ni mesti dia
tengah bergembira.”
“Itu akak tahu tapi akak
nampak dorang berpelukan. Lepas tu, abang pula macam tak kisah saja.
Macam mana kalau abang betul-betul ada perasaan terhadap Linda?”
“Tak. Wani yakin abang tak ada
apa-apa perasaan terhadap Linda. Abang cuma anggap Linda tu macam
adik dia. Macam mana dia jaga Wani, macam tulah dia jaga Linda,”
Wani sekeras-kerasnya cuba menyakinkan aku.
Kalau Linda betul-betul adiknya
memang aku tak kisah tapi masalahnya Linda tu ada potensi untuk jadi
kekasih dia atau lebih teruk, jadi isteri keduanya. Itu yang aku
takut. Aku pula langsung tak tahu penjelasan sebenarnya.
“Akak tak kisah kalau Linda tu
sukakan abang tapi akak takut abang memang hati pada Linda. Tapi
masalahnya sekarang, abang tak cuba terangkan hal sebenar kepada
akak. Macam manalah akak nak percayakannya...”
“Kak Dayah tahu tak kenapa
semalam Wani kata hari ni Wani tak dapat temankan akak?” tanya
Wani.
Aku hanya geleng. Manalah aku
tahu.
“Sebab abang minta Wani buat
begitu. Abang nak luangkan masa dengan Kak Dayah tapi tak sangka pula
hal ni terjadi. Wani boleh dapat agak. Ini mesti Linda punya kerja.
Kalau diikutkan kerja abang dah habis dan dia boleh je bawa Kak Dayah
balik KL tapi dia sengaja tak nak balik lagi. Abang nak habiskan masa
dengan Kak Dayah. Cuma, Linda ni lagi cepat bertindak,” terang
Wani.
“Habis tu... kalau kerja abang
dah habis, kenapa awal-awal pagi lagi abang pergi kerja?” soalku.
“Linda... Dia buat hal lagi.
Tahu tak yang Linda tu sengaja timbulkan masalah di tempat kerja
sebab nak pastikan abang ada bersamanya 24 jam seminggu? Mula-mula
Ilham beritahu Wani tak percaya tapi bila kerap berlaku begini,
barulah Wani percaya.”
“Kalau macam tu kenapa tak
pecat saja Linda tu?” soalku tak puas hati.
“Sebab company ni sebenarnya
kepunyaan keluarga Linda.”
Aku terkejut berserta tidak
percaya. Kalau syarikat ini milik Linda tapi kenapa suami aku pula
jadi bos?
“Tapi kenapa pula abang jadi
CEO?”
“Sebab tanggungjawab. Pada
awalnya abang memang ada syarikat sendiri. Syarikat kecil saja tapi
selepas bapa Linda meninggal dunia, Linda datang jumpa abang dan
minta bantuan abang untuk selamatkan syarikat dia. Masa tu syarikat
ni hampir bankrap tapi abang berjaya selamatkan. Oleh sebab itu,
abang diangkat jadi CEO. Sebelum ni abang ada juga berhasrat nak
melepaskan jawatan dia tu tapi macam-macam Linda buat supaya abang
tak tinggalkan syarikat dia. Ada sekali tu, dia cuba bunuh diri,”
terang Wani.
“Hah?” aku seakan tidak
percaya. Tak sangka, sampai begitu sekali Linda tindakan Linda
semata-mata dia mahu suami aku berada di sisinya.
“Dia tu psiko ke?”
“Dia lebih daripada psiko.
Gila dia jangan main-main. Abang pun tak mampu nak buat apa-apa.
Sebab tulah Wani suruh Kak Dayah bersiap sedia berdepan dengan Linda.
Dia sanggup buat apa pun untuk dapatkan abang. Kalau Kak Dayah masih
ambil hati lagi, dia pula sedang bergembira sekarang.”
“Tapi abang...”
“Abang tu sebenarnya pemalu
nak tunjuk yang dia sayangkan orang. Macam mula-mula dia dapat tahu
Wani adik perempuan dia. Bukan main benci lagi bila berdepan dengan
Wani tapi senyap-senyap dia aturkan semua untuk Wani. Mula-mula Wani
ingat, itu tanggungjawab dia tapi lama-kelamaan Wani boleh nampak
hatinya yang penyayang. Asalkan kita jangan cepat putus asa, Insya
Allah, kita akan nampak hasilnya nanti. Jadi, Kak Dayah jangan putus
asa dengan abang.”
Tiba-tiba aku rasa bersemangat.
Kalau apa yang Wani cakap itu benar, aku tak boleh terus begini. Aku
kena berjuang untuk masa depan aku dan suami aku. Aku tak akan
benarkan sebarang anasir jahat merosakan hubungan kami lagi.
Lebih-lebih lagi Linda. Mulai hari ini aku isytiharkan perang dengan
Linda!
Jagalah kau Linda!
Tapi... sebelum tu... macam mana
nak berdepan dengan suami aku? Aku perlu minta maaf ke? Tapi kalau
aku tak minta maaf, macam mana aku nak teruskan misi seterusnya?
Memanglah bukan salah aku tapi kalau nak tunggu orang yang ego tinggi
tu minta maaf, memang sampai bila pun takkan berlaku.
“Wani, abang ada di mana
sekarang?” tanyaku.
Wani tiba-tiba tersengih. Dia ni
tahu saja apa yang aku fikir.
“Okey, jom kita ganggu
orang-orang yang mabuk kerja tu. Jom serang Linda sekarang. Sebab dia
jugalah Ilham terpaksa pergi kerja hari ni!” Wani juga geram. Oh,
baru aku tahu bukan aku saja yang tak puas hati dengan Linda
sekarang. Wani juga.
“Jom!” kataku semakin
bersemangat.
Kami segera mengatur langkah
keluar dari komplek membeli-belah menuju ke tempat letak kereta.
Memandangkan orang ramai beratur untuk membayar parking kereta, aku
menyuruh Wani ke kereta. Sudahlah berbadan dua, kena beratur panjang
pula.
Selepas membayar parking kereta,
aku pun cepat-cepat melangkah ke kereta. Semasa aku hendak melintas,
aku terdengar hon yang panjang. Serentak itu aku berpaling. Aku lihat
sebuah kereta dengan silauan lampu yang menyakitkan menghampiri aku
dengan laju.
Aku tak mampu hendak berbuat
apa-apa. Tiba-tiba kaki aku seperti disimen. Kaku di situ. Aku tak
tahu apa yang berlaku selepas itu. Apa yang pasti, aku lihat kereta
itu sudah berhenti secara mengejut. Hanya tinggal satu inci lagi,
kalau tidak memang aku dah kena langgar.
Tapi aku masih lagi terkejut.
Jantung aku hampir nak terkeluar. Tiba-tiba aku rasa dunia aku seakan
berputar. Seterusnya, aku tak tahu apa yang berlaku...
aduhhh what happen what happen.. hero dtg x? Linda ni btl2 langau ssh nk hapus
ReplyDeleteBest.....nak lagi.....
ReplyDeleteSuspen2... apa jd ngn dayah yer...siannya
ReplyDeleteSib baik ada adik ipaq yg baik hati.... hrp xda per2 la jd kt dayah tu...
ReplyDeleteMula2 rasa mcm nak terajang je syazwan sbb peluk linda.Agak2la dah ada bini...dayah! Teruskan usha...walau hati dihiris belati tajam
ReplyDeletewahhhh menarik...trase cuak jugak td... xsabar nk taw pe plan mendajalkn linda oleh dayah n wani hahahah
ReplyDeletecik suami knp heartless sangat, please say something to the wife, oooooo may be, baby on the way kot,hahaha....nak lagi, nak lagi, cik cepatlah sambung nak tahu .......
ReplyDeleteAaaaaaa....apa jdi ng dayah??????
ReplyDeletebest nak lagi.
ReplyDeleteBenci ngan linda
ReplyDeletex leh read ep 14
ReplyDelete