Skip to main content

Suamiku Workaholic [Bab 5]




Biarpun aku memang sudah biasa dengan Mak Cik Zara tetapi sebagai menantu, memang rasa lain. Dia yang aku panggil mama sekarang, tetap melayan aku seperti biasa. Aku saja yang rasa segan dengannya. Hampir dua hari tinggal bersama dengan ibu mertua, barulah aku dapat suaikan diri. Sepanjang dua hari ini, ada sahaja aktiviti yang kami berdua lakukan antaranya, teman mama pergi pasar beli barangan basah, menolong mama memasak, teman mama tengok butiknya dan macam-macam lagi. Pendek kata, tidaklah aku bosan dan aku juga langsung tidak merasai ketiadaan suami.
Hari ketiga, ketika aku dan mama bersarapan, kami menerima tetamu yang aku sendiri tidak pasti gerangan orangnya. Sudahlah masuk main redah, lepas tu menjerit macam orang gila sambil memeluk mama. Mama juga nampak terkejut dengan kemunculan perempuan yang asing bagi aku itu.
“Ya Allah, bila sampai? Kenapa datang tak beritahu?” soal mama yang mengenali wanita yang agak tua sedikit daripada aku ini.

“Surprise!” ucapnya.
Memang surprise pun. Mujurlah orang tua itu tak ada penyakit jantung. Tapi siapa dia? Sepanjang aku kenal mama, aku tak pernah pula lihat wanita ini. Hendak kata keluarga sebelah mama, mustahil juga. Tak pernah langsung aku tengok wanita ini hadir dalam apa-apa aktiviti perjumpaan keluarga besar kami.
“Ini mesti isteri abang, bukan?” dia meneka.
Aku mengangguk dan terus bersalaman dengannya. Mmm... dia panggil suami aku dengan panggilan abang. Siapakah dia?
“Hai, saya Marlia Syazwani. Boleh panggil Wani,” wanita itu memperkenalkan diri.
Marlia Syazwani. Nama dia nak dekat-dekat dengan nama suami aku. Muhd Syazwan. Macam adik beradik pula. Eh, tiba-tiba aku teringat sesuatu. Kemudian, aku pandang wajahnya. Memang rupanya ada iras-iras suami aku juga. Takkan... dia tu...
“Adik Syazwan?” tekaku.
“Betul!” Wani menjawab dengan senyuman.
Wah... aku tak sangka dapat berjumpa dengannya. Ya, aku pernah dengar tentangnya. Mungkin kepada yang tak tahu, akan sangka Syazwan anak tunggal. Namun, pada hakikatnya dia mempunyai seorang adik perempuan hasil perkahwinan rahsia arwah papanya. Aku tak tahu sangat cerita sebenar. Menurut apa yang aku dengar, ayah Syazwan berkahwin lain secara rahsia dan mempunyai anak perempuan. Semua itu terbongkar setelah papanya meninggal dunia.
Walau apa pun aku kagum dengan keluarga ini. Mereka tepat menerima kehadiran Wani. Aku dengar, mama membesarkan Wani dengan rela hati walaupun mendapat tentangan daripada nenek. Lihat sahaja kemesraan mereka, aku rasa turut bahagia.
“Maaf ya sebab tak dapat hadir ke majlis korang. Nanti kecoh pula,” katanya dengan masih mampu mengukir senyuman. Aku tahu, jauh dari sudut hatinya, dia ingin menghadiri majlis itu tetapi apakan daya...
“Mana Ilham? Tak datang sekali?” tanya mama.
“Dia mabuk,” jawab Wani selamba.
“Mabuk lagi?” soal mama seakan tidak percaya.
“Err... siapa Ilham?” aku beranikan diri bertanya.
“Oh ya, mungkin Kak Dayah tak tahu lagi. Saya dah berkahwin dan sekarang mengandung 3 bulan. Ilham tu suami saya. Malangnya, saya tak dapat nak kenalkan dia sekarang sebab dia tak beberapa sihat,” jawabnya.
“Ohh...” aku mengangguk faham. Patutlah aku tengok badannya tembam semacam. “Tahniah!”
“Terima kasih. Eh, mana abang?”
“Huh, dia... apa lagi. Kerja sajalah. Sekarang dia ada di Singapura. Outstation seminggu,” jawab mama.
“Hah? Outstation? Seminggu?” seperti aku sebelum ini, Wani juga terkejut. “Hei, dia baru berkahwin. Dah pergi oustation?”
“Kau faham-faham sajalah abang kau tu...”
“Wah, Kak Dayah kena banyak bersabar dengan abang saya tu. Tapi tak mengapa, saya akan pastikan Kak Dayah tak kesunyian sepanjang ketiadaan abang.”
Aku hanya tersenyum. Apa boleh buat. Sudah nasib badan dapat suami yang gila kerja. Redha sajalah. Apa pun aku tetap rasa tak kisah. Bukannya aku tak boleh hidup tanpanya.


Seperti yang Wani kata, aku takkan kesunyian. Memang betul. Mana tidaknya, ada sahaja aktiviti yang kami lakukan bersama. Walaupun dia sedang berbadan dua tapi ligat juga dia berjalan sana sini. Aktiviti utama kami adalah shopping! Itu wajib memandangkan Wani akan menyambut kelahiran anaknya nanti. Banyak juga keperluan bayi dibeli. Dari pakaian sehinggalah mainan.
Dalam pada itu, aku pun cuba merisik tentang suami aku. Walaupun aku kata tak kisah sangat tapi sekurang-kurangnya aku kena tahu tentang suami aku. Apa yang dia suka. Apa yang dia tak suka. Terutamanya dalam bab makanan. Nanti tak adalah aku tersilap hidang lauk yang dia tak suka makan.
“Mmm... abang ni memang cerewet dalam bab makanan,” komen Wani ketika kami berehat di sebuah cafe selepas penat membeli belah.
“Dia selalu komen masakan orang ke?”
“Itu tak usah cakaplah...”
Gulp! Aku menelan air liur. Habislah aku. Aku bukannya tahu memasak sangat. Sikit-sikit tu bolehlah.
“Tapi selalunya dia hanya komen makanan yang dia makan di luar. Kalau mama masak tak sedap, dia tak pernah komen. Masin macam mana pun dia tak pernah bersuara. Jadi, tak perlu risaulah,” tambah Wani lagi.
Tapi aku risau juga. Yelah. Itu mamanya. Sudah pastilah dia hendak menjaga hati mamanya. Aku ni... sudahlah bukan pilihan dia.
“Oh ya, ada satu lagi. Nak tahu cara dia tak suka dengan sesuatu makanan tu senang saja.”
Aku teruja hendak mendengarnya.
“Biasanya, bila dia tak suka dengan makanan tu dia takkan cakap tapi dia akan ambil makanan tu, makan sikit dan sumbat kat mulut orang. Saya selalu kena. Selalunya bila saya masak la...” Wani tertawa sendirian.
Serta merta aku teringatkan peristiwa dia sumbat biskut kering dalam mulut aku. Begitukah? Jadi... dia tak suka makan biskut kering?
“Err... dia tak suka makan biskut kering ke?” aku memberanikan diri bertanya.
“Mana Kak Dayah tahu?” tanya Wani. Kemudian, Wani memberikan reaksi terkejut. “Oh my... abang sumbat biskut kering dalam mulut Kak Dayah?”
Aku mengangguk.
“Wah!” sampai bertepuk-tepuk tangan Wani mengetawakan aku. Lucukah? “Sorry, jangan salah faham. Abang mungkin sukar nak tunjuk cara dia sayangkan seseorang tu. Jadi, kadangkala kita boleh tengok dari kelakuan dia. Kalau Kak Dayah nak tahu, dia hanya buat begitu pada orang yang istimewa baginya.”
“Istimewa?”
Wani mengangguk dengan yakin. Jadi, aku istimewa? Mmm... aku rasa macam pipi aku sudah berbahang. Serentak itu aku mengukir senyuman. Aku cuba untuk sembunyikan senyuman malangnya aku tak berjaya lakukannya. Bibir aku terus tersenyum. Yes, ada peluang untuk bahagia!
Ah, tiba-tiba aku rasa rindu...


Aku merenung handset. Beberapa hari ini handset aku rasa sunyi yang lain macam. Padahal baru saja sebentar tadi, aku terima mesej daripada kawan lamaku yang sudah berkahwin mengucapkan selamat pengantin baru memandangkan dia tidak dapat hadir ke perkahwinanku yang lalu. Peliknya. Aku tak pernah rasa begini. Dulu, masa aku bertunang dengan Ammar, aku tak heran langsung kalau seminggu dia tak call aku.
Aku pula tak ada perasaan langsung nak call dia. Cuma sesekali saja ibu suruh telefon sebab dia tahu aku dah lama sangat tak berhubung dengan Ammar. Itu pun sekejap saja. Nak kata rindu sampai ke tahap tenung handset sebegini langsung tiada.
“Tunggu abang call ke?” sapa Wani tiba-tiba.
Aku apa lagi, terus tersentap dan capai handsetku. Sorok letak jauh sikit. Wani sudah tersengih-sengih. Habis, bocor rahsia aku. Macam mana kalau dia beritahu abangnya nanti? Aku juga yang malu. Ah, Dayah, kau ni cepat sangatlah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan orang yang workaholic pulak tu!
“Tak adalah,” aku terus menafikannya.
Mana boleh mengaku dengan senang. Kena main tarik-tarik tali. Lagipun, apa yang dia boleh buat kalau aku mengaku? Kalau dia boleh pujuk abang dia balik sekarang atau sekurang-kurangnya call aku, tak mengapalah.
“Abang tak ada call ke?” tanya Wani.
Aku gelengkan saja. Mesej pun tak ada, apatah lagi dia nak call. Macam aku ni tak wujud saja dalam hidup dia. Aku mengeluh.
“Mungkin sibuk sangat kot,” kata Wani macam sengaja ingin memujukku. “Biar Wani cuba call dia,” serentak Wani keluarkan handsetnya.
“Eh, tak payah!” aku cuba menghalangnya. Gila apa nak telefon si workaholic tu. Nanti Wani pula yang dimarahnya sebab ganggu dia bekerja. Dengar kata kebanyakan orang workaholic ni boleh jadi panas baran kalau orang ganggu dia bekerja.
Sungguhpun aku cuba menghalang Wani tapi Wani tetap menghubungi abangnya. Berdegup-degup juga jantung aku dengan pantas menunggu Wani berhubung dengan suamiku. Namun, tak sampai satu minit, Wani berhenti membuat panggilan.
“Tak dapat call. Abang tutup handset kot. Selalunya kalau abang kerja luar memang payah sangat nak hubungi,” beritahu Wani.
Aku mengeluh. Memang patut pun dia tutup handset. Tak mahu diganggulah tu. Ah, nanti beginilah nasib aku. Keseorangan dan asyik menanti panggilan daripadanya. Adui, susahlah kalau dah terjatuh cinta dengan dia. Nak tolak balik cinta tu boleh tak?
“Wani, Dayah, jom makan,” suara mama kedengaran dari jauh.
“Mama panggil makan tu. Jom,” belum sempat aku berbuat apa-apa, Wani sudah tarik aku. Aku hanya menurut walaupun pada hakikatnya aku langsung tak berasa lapar.
“Kenapa ni Dayah? Kenapa nampak pucat saja?” tegur mama penuh kerisauan.
“Ya ke?” aku memegang kedua-dua pipiku. Takkan mood aku sekarang ni mempengaruhi muka aku? Teruk sangatkah?
“Mama jangan risau. Kak Dayah tu tengah rindukan seseorang,” kata Wani tersengih-sengih macam kerang busuk. Serta-merta pipi aku terasa panas. Nampak sangat ke aku rindukan dia? Adui, dah kronik sangat dah penyakit hati aku ini. Ada ubat tak?
“Mana ada,” aku terus menafikannya.
“Abang pun satu, bukannya nak call Kak Dayah. Dia tu memang hati batu. Ingatkan bila dia bersetuju nak kahwin, dia betul-betul dah jatuh cinta...” kata-kata Wani terhenti tiba-tiba.
Aku mula melayan perasaan. Betul apa kata Wani tadi. Sekarang baru aku terfikir, kenapa dia bersetuju nak berkahwin dengan aku? Kerana cinta? Kalau disebabkan cinta, kenapa dia buat tak endah saja dengan aku? Kenapa dia mesti pentingkan kerja dia daripada hal rumah tangga kami?
Jangan-jangan... dia kena paksa dengan mama tak? Contohnya mama ugut dia macam-macam sampai dia terpaksa berkahwin dengan aku. Hisy, takkanlah mama sanggup buat begitu. Aku tengok mama ni bukanlah jenis yang suka memaksa orang. Tapi, sebab apa? Hai, hati lelaki ni memang susah nak agak. Tambah-tambah lagi lelaki macam dia.
“Dayah, kenapa tak makan lagi tu?” tegur mama.
Aku terjaga daripada lamunan. Sedar-sedar, baru aku perasan yang mereka sudah makan separuh. Aku pula langsung tak mengusik nasi di pinggan. Tapi jujur aku cakap, aku langsung tak ada selera hendak makan. Namun, aku gagahkan diri untuk menyuap nasi ke dalam mulut. Itu pun, nak mengunyah nasi pun aku rasa macam tak ada tenaga.
Selepas makan dua tiga suap, aku terus meminta diri. Langsung tak boleh tahan. Kalau mama kata aku buat muka, lantaklah. Aku memang tak ada selera. Tapi mujurlah mama seperti faham dengan keadaan aku ini. Aku terus masuk bilik melayan diri sendiri sebelum tertidur...


Aku tersedar apabila terdengar suara mama memanggil aku. Waktu itu aku rasa berat hendak membuka mata. Mama kelihatan risau. Ada sesuatu dah terjadikah sampai mama nampak risau begini? Syazwan ditimpa kemalangan? Oh minta-mintalah jangan!
“Kenapa mama?” tanyaku turut risau.
“Dayah tak apa-apa ke?” tanya mama.
Cepat-cepat aku menggeleng. Jadi, mama risaukan aku? Jadi, suamiku tak apa-apa? Aku mengeluh lega. Tapi, kenapa pula mama risaukan aku pula? Aku hanya tidur saja. Takkan aku tidur pun mama dah risau begini? Atau aku dah tidur lama sampai dia risau aku tak bangun-bangun. Mata aku terus memandang jam.
Pukul 7.00. Hah? 7.00 petang ke 7.00 pagi? Ya Allah, kenapa aku tidur lama sangat? Patutlah mama risau semacam. Dayah, apa nak jadi dengan kau ni? Belum sebulan kau berkahwin, kau dah buat perangai depan ibu mertua kau.
“Mama...”
“Dah, cepat bersiap. Kita pergi klinik,” arah mama tiba-tiba.
“Hah? Nak buat apa? Mama sakit ke? Atau Wani?” tanya aku bertubi-tubi.
“Hai budak ni... dia yang sakit takkan tak tahu?”
Aku sakit? Ya, aku sakit. Aku tengah sakit hati dengan anak lelaki dia yang tak hubungi aku langsung. Tapi, takkanlah sampai nak pergi klinik? Doktor ada ubat anti-cinta ke? Kalau ada... okey, sekarang juga aku pergi.
“Dayah tak sakit,” kataku.
“Kalau tak sakit, kenapa badan Dayah sejuk semacam? Macam duduk dalam peti ais saja,” kata mama.
Sejuk? Lantas aku meletakkan tangan di dahi. Kemudian, baru aku perasan tubuh aku dilanda seram sejuk. Aku demamkah? Kenapa aku boleh demam? Aku tak ada pun main hujan.
“Cepat, kita pergi klinik sekarang. Risau pula mama,” arah mama lagi.
“Err... tak perlulah mama. Sikit saja. Lepas makan Panadol nanti, okeylah ni,” aku cuba memujuk mama. Lecehlah nak pergi klinik. Kalau waktu bekerja dulu memang aku suka pergi klinik kalau sakit sebabnya boleh dapat MC tapi sekarang ni, rasanya aku lebih suka pilih Panadol lagi.
“Sakit sikit tu yang kena ambil peduli. Nanti melarat. Cepat,” arah mama. Kali ini tegas. Nak tak nak, aku terpaksa menurut. Cakap mak mertua, tak baik bantah...


Sejak balik dari klinik, demam aku semakin menjadi-jadi. Aku syak mungkin badan aku terkejut sebab kena jumpa doktor kot. Atau doktor tu ada aura yang menakutkan sehingga demam aku menjadi-jadi. Kesudahannya, aku dah macam duduk dalam peti ais. Menggigil-gigil tubuhku kerana kesejukan. Pelik pula. Selalunya kalau aku demam, badan aku akan panas. Tapi kali ini lain pula. Takkanlah sebab aku dah kahwin demam ni bertukar jadi sejuk?
Aku hanya habiskan masa dengan berbaring di katil sambil diselimuti gebar yang tebal. Itu pun yang paling tebal. Namun, aku masih lagi terasa sejuk. Ubat pula sudah banyak juga aku telan. Malam itu mama dan Wani bergilir-gilir jaga aku. Kesian pula dengan mereka. Aku pula rasa bersalah.
Esoknya, demam aku menjadi-jadi sehinggakan aku langsung tiada tenaga hendak bangun. Makan pun hanya sesuap dua. Aku langsung tiada selera. Aku hanya mampu berbaring di atas katil dan tidur.
Aku yang terlena tadi terbangun apabila terdengar handset seseorang berbunyi. Bunyinya tidak jauh dari aku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat kelibat Wani sedang duduk tidak jauh dari katilku. Dia sedang menjawab panggilan itu. Aku cuba membuka telinga besar-besar apabila terdengar dia menyebut 'abang'.
“Ah, abang... Wani call banyak kali tau. Mesej pun tak berjawab. Abang sibuk sangat ke sampai tak tahu nak on telefon?” tanya Wani agak kasar. Nampak sangat dia marah. Hah, Wani, marah dia lagi. Gertak dia sikit.
“Demam Kak Dayah makin teruk... Dah, semalam kami dah bawak dia jumpa doktor. Doktor kata demam biasa saja... Dah. Dia makan ubat depan Wani lagi tapi macam tak ada apa-apa pun. Lagi teruk adalah...” Wani menceritakan segalanya.
Ini bukan meraih simpati, memang betul apa yang Wani beritahu. Aku dah makan ubat seperti yang doktor arahkan tetapi makin teruk jadinya. Aku syak doktor tu bagi salah ubat. Dia patut bagi ubat yang paling kuat lagi.
“Abang baliklah cepat. Risaulah kami tengok keadaan Kak Dayah,” rayu Wani.
Kesian pula aku tengok Wani merayu bagi pihak aku. Ah, dia takkan balik punya. Bagi dia kerja adalah segala-galanya. Kalau dia balik pun bukannya dia boleh buat apa-apa. Lainlah kalau dia bawa balik vitamin yang berkesan sembuhkan demam aku ini.


Hari kedua demam keadaan aku masih tidak berubah. Aku pun tak faham. Rasanya ini kali pertama aku demam teruk begini. Mama siap panggil doktor lagi untuk aku. Dan seperti sebelum ini, doktor hanya sahkan aku demam biasa dan suruhku banyak berehat dan jangan banyak berfikir.
Doktor macam tahu-tahu saja aku ni banyak berfikir. Doktor cakap memang senang tapi aku tak boleh halang otak aku daripada berfikir. Hanya satu saja cara untuk aku berhenti berfikir. Tidur. Tapi tidur buat aku rasa letih dan letih. Sebab itulah aku tak ada tenaga nak bangun apatah lagi selera nak makan.
Malam itu selepas aku makan ubat, aku terus terlelap. Berbeza dengan malam sebelumnya, tubuh aku tidak lagi dilanda kesejukan lagi. Aku dapat rasakan seram sejuk yang aku alami hilang begitu sahaja dan tubuhku mula keluarkan peluh. Kata ayah, kalau peluh keluar ketika demam, itu maknanya demam hampir susut.
Ah, selesanya!
Tiba-tiba aku terasa tubuhku dipeluk erat. Aik? Kenapa aku rasa macam benda bernyawa saja sedang memeluk aku? Malah aku dapat dengar degupan jantung seseorang. Aku yakin itu bukan jantung aku. Jangan-jangan ada orang peluk aku tak? Tapi siapa?
Lantas aku terjaga. Gelap. Mungkin hari sudah malam. Aku langsung tak boleh lihat dengan teliti tapi aku pasti ada seseorang di sisiku, sedang memelukku dengan erat. Aku cuit sedikit. Ini macam dada orang. Dada bidang lelaki... tapi siapa?
Takkan... suami aku? Tapi bukan ke dia ada di Singapura sekarang? Perlahan-lahan aku mendongak untuk memastikan sesuatu. Ya Allah, memang dia! Bila dia balik? Dia ni betul ke? Atau aku bermimpi? Aku cuba cubit pipi aku. Sakit. Sah, ini bukan mimpi.
Dia sedang tidur. Aku cuba untuk melepaskan diri daripada pelukkannya. Gila apa peluk aku masa aku tengah demam begini. Nanti kalau berjangkit pada dia, aku pula yang dipersalahkan. Jadi, lebih baik aku jarakkan diri dengan dia tapi lagi aku bergerak lagi dia pelukku erat-erat.
Eh, mungkin aku patut biarkan. Apa akan berlaku kalau Encik Workaholic ini jatuh sakit? Mmm... sudah tentulah dia akan habiskan masa berehat di rumah. Jadi, inilah masanya. Ya ampun, aku bukan berdoa agar dia sakit tapi saja nak baginya pengajaran. Lain kali, jangan suka-suka tinggalkan isteri sampai isteri jatuh sakit. Sekurang-kurangnya, telefonlah. Biar dia rasa apa yang aku rasa!
Aku pun terus menyambung tidur dalam dakapannya...


Comments

  1. Ksian dayah rindu smpai dmam...mujur hubby dah blik...kebah dmam lpas kena peluk huhu sweet...next plezz

    ReplyDelete
  2. demam rindu... nasib syazwan balik kire mmg dia sayang sesgt la ni kn hihi

    ReplyDelete
  3. dh kena peluk tu mesti kebah demam rindu tu...

    ReplyDelete
  4. Ti baik laa demam tu. Ubat sudah ada.....

    ReplyDelete
  5. Bestlah cite ni,nnt cot sambung tau

    ReplyDelete
  6. Alolo...cian dayah...rindu yer..

    ReplyDelete
  7. Bila nak sambung..lamanya

    ReplyDelete
  8. best nya .. Bila nak sambung lagi
    tak sabar nak tunggu cite baru

    ReplyDelete
  9. kesian nya dayah sampai deman, dah dapat ubat mesti baik punye,,,bila nak sambung lagi cik penulis..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.

Suamiku Workaholic [Bab 14]

Tips no. #6 Dia bekerja semasa honeymoon? Ganggu dia dengan gambar-gambar percutian menarik. Klik. Gambar selfie pertama bersama burung helang gergasi. Aku buka WhatsApp dan terus send padanya. Ini misi yang paling menakutkan. Kalau tersilap langkah memang teruk aku kena marah dengan suami Workaholic itu tapi demi masa depan dan kebahagiaan kami misi mesti diteruskan! Walau apa pun yang terjadi aku reda. Balik ni kalau kena marah, aku reda. Aku tunggu seketika. Tak ada respond. Mmm… mungkin dia tengah serius sangat bekerja. Okey, tak mengapa. Lambat-laun dia akan tengok mesej itu juga. Hari ni, aku akan hantar gambar banyak-banyak kepadanya. Manalah tahu dia tergoda tengok percutian aku dan sanggup tinggalkan kerja-kerjanya seketika… Oh, sweetnya! “ Hah, apa yang tersenyum seorang diri tu?” sapaan Wani yang tiba-tiba itu mengejutkan aku. Mujur tidak terpelanting handset aku.