Skip to main content

Suamiku Workaholic [Bab 14]


Tips no. #6
Dia bekerja semasa honeymoon? Ganggu dia dengan gambar-gambar percutian menarik.


Klik. Gambar selfie pertama bersama burung helang gergasi. Aku buka WhatsApp dan terus send padanya.
Ini misi yang paling menakutkan. Kalau tersilap langkah memang teruk aku kena marah dengan suami Workaholic itu tapi demi masa depan dan kebahagiaan kami misi mesti diteruskan! Walau apa pun yang terjadi aku reda. Balik ni kalau kena marah, aku reda.
Aku tunggu seketika. Tak ada respond. Mmm… mungkin dia tengah serius sangat bekerja. Okey, tak mengapa. Lambat-laun dia akan tengok mesej itu juga. Hari ni, aku akan hantar gambar banyak-banyak kepadanya. Manalah tahu dia tergoda tengok percutian aku dan sanggup tinggalkan kerja-kerjanya seketika… Oh, sweetnya!
Hah, apa yang tersenyum seorang diri tu?” sapaan Wani yang tiba-tiba itu mengejutkan aku. Mujur tidak terpelanting handset aku.

Mesej dengan abang ye?” Wani tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Tak. Tak ada,” aku segera simpan handset dalam beg. Wani masih tersengih-sengih. Budak ni memang nampak saja apa yang aku buat.
Kak Dayah,” Wani mendekati aku dan memaut lenganku. Budak ni macam nak korek rahsia saja. “Abang macam mana?”
Kan! Aku dah kata dah. Ini mukadimah dia. Lepas tu, dia akan tanya macam-macam tentang rumah tangga kami. Sama macam mamanya. Aku faham, kedua-duanya memang risau kalau Syazwan tidak layan aku dengan baik tapi bagi aku selagi dia tak pernah pukul aku, itu sudah bersyukur. Sekarang ini, kami memerlukan masa untuk sesuaikan diri. Aku juga sedang berusaha tawan hati dia. Jadi, bersabarlah.
Abang okey. Dia tengah bekerja sekarang,” jawabku selamba. Sengaja aku jawapan begitu. Pura-pura buat tak faham dengan soalan tadi.
Bukanlah. Maksud Wani, abang layan Kak Dayah dengan baik tak?”
Okey, baik saja. Dia tak pernah pulak pukul akak lagi,” soalan klise mesti kena jawab dengan jawapan yang brutal. Sebenarnya aku nak saja kata yang abang dia memang layan aku dengan baik dan kadangkala tersangatlah sweet tapi aku rasa tak perlu kot. Itu cerita kategori dalam kelambu.
Baguslah. So... agak-agak, bila Wani boleh dapat anak buah?” tanya Wani.
Soalan kedua dia buat air liur aku tersekat di kerongkong. Sangat straight to the point. Gila punya soalan. Aku belum lagi bersedia sedia dengan jawapan tu sebab aku tak rasa aku akan terima soalan itu. Nampaknya aku silap.
Bertenang Dayah. Tarik nafas panjang-panjang dan hembus perlahan-lahan. Sekarang, tukar topik!
Err… lepas ni kita nak pergi mana?” tanyaku cepat-cepat menukar topik.
Jangan nak lari dari topik asal ya,” Wani dah beri amaran awal-awal.
Aduhai, adik ipar aku ini. Aku tahulah dia sudah berkahwin dan terlebih dahulu merasai kebahagiaan rumah tangga berbanding aku tapi itu tak bermakna dia ada hak nak tanya tentang soalan dalam kelambu. Okey, terpaksalah aku keluarkan jawapan skema artis Malaysia.
Insya Allah, kami hanya merancang, Allah yang akan tentukan.”
Wani mengangguk. Nampaknya dia puas hati dengan jawapan aku tadi. Alhamdulillah. Tolonglah jangan tanya tentang hal itu lagi. Buat masa sekarang ni, aku tengah berusaha. Berilah aku masa untuk cairkan suami yang workaholic itu. Kerja cair-mencairkan hati orang yang mabuk bekerja ni memang payah. Perlukan kesabaran yang amat sangat.

Aku pulang ke hotel pada pukul 8.00 malam. Itu pun Wani ajak aku makan malam bersama-sama suaminya, Ilham tapi aku tolak mentah-mentah apabila teringatkan suami aku yang mungkin sedang menungguku pulang ke hotel. Tapi bila aku pulang, dia pula tiada. Masih belum pulang lagi. Kecewa betul.
Aku terus bersihkan diri. Lama juga aku berada di kamar mandi tapi bila keluar, dia masih lagi belum pulang. Aku pun capai handset, tiada sebarang mesej daripadanya. Lagi mengecewakan dia langsung tak layan mesej bergambar yang aku hantar padanya. Rasanya hari ini saja aku hantar 10 gambar kepadanya. Tapi dia langsung tak balas satu mesej pun.
Aduhai, dia ni kalau dah bekerja memang lupa segalanya!
Sementara tunggu dia balik, aku layan novel sambil buka televisyen. Aku tak biasa tinggal seorang diri di bilik yang asing bagiku dengan suasana yang sunyi. Seram. Jadi, aku buka televisyen dengan suara yang kuat. Hilang seram. Janganlah dia tak balik malam ini.
Tidak lama kemudian, dia balik! Akhirnya... Dia masuk saja, perut aku sudah berjoget-joget. Macam tahu-tahu saja sumber makanannya sudah balik. Lepas ni mari gedik-gedik pujuk dia pergi makan! Dia mesti belum makan. Kalau dia dah makan pun, dia mesti takkan biarkan aku mati kelaparan.
Awak dah balik?” aku melompat turun dari katil.
Dia mengangguk. “Dah lama balik?” tanyanya.
Tak. Baru saja balik,” bohongku. Dia ada ego, aku pun nak ada ego juga. Agak-agak apa reaksinya kalau aku kata aku baru balik sekarang? Sekarang sudah dekat pukul 10.00 malam. Wah, betapa lamanya aku tunggu dia balik!
Pergi mana?” soalnya.
Aik? Dia ni tak check gambar-gambar yang aku hantar siang tadi ke? Kenapa aku tengok ada dua tanda right yang menandakan dia sudah tengok mesej itu. Atau dia sendiri tak tahu di mana gambar-gambar itu diambil. Mustahil. Okey, mungkin dia sengaja tanya. Egolah katakan. Tak mengapa. Layankan saja.
Mmm... saya ada hantar gambar, awak tak tengok handset ke?” soalku. Tapi soalan aku tinggal soalan. Dia tidak menjawab tapi sebaliknya sibuk memeriksa handsetnya. Aku menjenguk dari belakang. Kecewa. Dia bukan check WhatsApp yang aku hantar tapi sibuk periksa emelnya.
Dayah, cepat tarik perhatian dia sebelum dia honeymoon dengan kerja-kerjanya malam ini!
Hari ni Wani hanya bawa saya satu tempat. Dia kata, masih ada masa lagi nak ronda-ronda satu Langkawi. Jadi, lawatan hari ini adalah Dataran Lang. Akhirnya dapat juga saya jumpa burung helang gergasi yang handsome tu. Saya sempat juga tangkap gambar dengan burung helang tu...”
Baru saja aku hendak tunjukkan gambar-gambar yang aku ambil, aku tengok dia sudah masuk ke dalam kamar mandi. Ah, kecewanya! Dia buat aku macam tunggul kayu pula. Takkan dia pekak? Aku tengah bercakap dengan dia tau. Bukan dengan dinding batu ni! Aku nak merajuk dengan dia malam ni!
Tiba-tiba perutku sekali lagi berjoget-joget. Seakan-akan memberikan aku isyarat supaya lupakan rancangan nak merajuk dengannya malam ini kalau tidak perut aku pula yang merajuk. Okey, aku tak merajuk.
Awak dah makan?” tanyaku sebaik sahaja tengok dia keluar dari kamar mandi.
Sudah,” jawabnya pendek.
Cepatlah tanya aku sama ada dah makan ke belum. Cepatlah! Aku tunggu-tunggu juga dia tanya tapi malangnya dia terus naik atas katil. Dia nak tidur ke? Mana boleh! Aku belum makan lagi.
Belum sempat aku ingin buka mulut, dia sudah tarik selimut. Oh tidak! Serba salah aku dibuatnya. Aku ingin bersuara tapi aku lihat dia seperti keletihan sekarang. Kalau aku bangunkan dia dan ajak dia pergi makan, agak-agak dia marah tak? Lagipun aku bukan sengaja tak nak makan. Salah dia juga sebab tak beritahu yang dia balik lambat. Kalau tidak, memang aku dah pergi turun makan.
Aku intai dia lagi. Matanya tertutup rapat. Dia sudah tidur. Apa perlu aku buat? Aduhai, nampaknya aku kena menahan lapar malam ini. Wahai perut, bertabahlah ya. Bukan aku tak nak bagi kau makan tapi keadaan tak mengizinkan.
Aku pun terus letak kepala pada bantal. Memaksa diri juga untuk tidur dengan perut yang tengah berjoget-joget. Baru saja aku nak tutup lampu, tiba-tiba perutku berbunyi. Kuat! Aku terus kaget. Serentak itu suamiku membuka mata.
Oh my... dia dengar!
Bunyi apa tu?” soalnya.
Err... bunyi air dalam bilik air. Awak tak tutup kuat kot. Saya pergi tengok,” aku cepat-cepat bangun dan masuk ke kamar mandi.
Huh, lega! Perut oh perut, boleh pula kau buat hal waktu-waktu begini. Aku tahu kau tengah lapar tapi bertahanlah untuk malam ini saja. Malam ni, tolonglah jangan nakal-nakal. Sudahlah banyak hal berlaku siang tadi. Bagilah dia berehat sekejap. Tolong ya...
Opocot...” terkejut aku bila aku tengok dia berdiri di depan pintu kamar mandi. Lagi terkejut aku tengok dia sudah sarung baju-T dan seluar panjang. Macam nak keluar saja. Ada kerja lagi ke?
Pergi bersiap sekarang. Kita keluar makan,” arahnya.
Okey. Okey!” Aku pun apa lagi, terus bersiap dengan kadar segera. Orang sudah ajak makan, jangan ditanya-tanya lagi. Sendiri kena tahu. Itu maknanya aku punya kelentong tadi tak berjaya. Memang dia tahu itu bunyi perut aku yang sedang kelaparan. Oh sweetnya dia!

Akhirnya, kenyang juga perut aku malam ini. Huh, lega. Tak sia-sia dia berbunyi tadi. Agaknya perut aku ni memang kenal sangat dengan suami aku yang gerenti takkan marah bila dia tahu aku tengah lapar. Tapi aku pula yang rasa serba salah. Aku tengok dia macam tak bermaya pun ada tapi tetap gagahi diri menemani aku makan.
Maaflah kalau dah menyusahkan awak,” ucapku serba salah dibuatnya.
Dia seperti biasa, tenung aku dengan lama. Kali ini tenungannya tak seperti sebelum ini. Kali ini aku lihat dengan jelas matanya merah sedikit. Memang dia sedang menahan mengantuk.
Dayah, lain kali jangan paksa diri sangat tunggu aku balik. Jaga kesihatan tu, faham?” Dia sudah bertitah. Tegas nadanya.
Aku yang mendengar hanya mengangguk. Langsung tak berani pandang muka dia. Sudalah matanya merah, takut pula aku tengok. Tiba-tiba, dia memegang daguku dan didongak ke atas supaya memandangnya.
Kenapa tak beritahu kau lapar tadi?” tanyanya.
Aku mengetap bibir. Dia marah ke? Nada dia lain macam saja. Habislah. Aku bukan tak nak cakap tapi aku takut dia marah. Bukan aku sengaja tak nak makan tapi aku tunggu dia. Silap dia juga tak beritahu yang dia balik lambat.
Saya tak tahu awak balik lambat,” jawabku perlahan-lahan dengan rasa bersalah.
Dia lepaskan dagu aku.
I'm sorry...”
Wah, dia minta maaf. Ini bermakna aku dah selamat. Tapi aku rasa orang yang patut minta maaf adalah aku. Sebabnya aku dah ambil masa tidur dia. Esok, mesti ada banyak kerja yang menantinya.
Aku ada tengok gambar tu tapi tak ada masa nak balas,” tambahnya lagi.
Apa? Dia tengok? Wah... tiba-tiba aku rasa bahagia sangat. Aku langsung tak dapat menyembunyikan senyuman aku. Nampaknya apa yang aku buat tadi tak sia-sia juga. Aku tahu dia tak ada masa nak balas tapi sekurang-kurangnya dia tengok.
Hai Syazwan!” tegur seseorang. Siapa lagi kalau bukan Linda.
Aduhai, minah ni. Aku baru saja nak bermesra dengan suami sendiri, boleh pula dia tiba-tiba muncul. Dia ni tak faham ke dalam situasi begini? Faham-fahamlah sikit, kalau kami suami isteri makan berdua malam-malam begini. Sudah tentulah inginkan masa peribadi bersama.
Aku rasa dia memang sengaja nak ganggu aku. Tengok, dia jeling aku. Oh, minah, kau memang nak aku main kasar ya. Eh, bukan ke suami aku tarik muka dengan dia siang tadi? So, sekarang sudah baiklah. Okey, ini tak boleh jadi.
You buat apa di sini?” tanya Linda.
Oh, soalan dia memang soalan tak bersalah langsung. Boleh pula dia tanya soalan begitu pada CEO yang panjang akal ini? Kalau aku tanya soalan tu, gerenti jawapan kerek yang dia bagi.
Tengah cuci mata tengok ikan duyung berenang-renang dalam laut tu,” jawab Syazwan selamba.
Aku yang duduk di sebelahnya hampir tergelak. Oh, dia bukan saja kerek dengan aku tapi dengan Linda juga. Aku perasan Linda pandang aku dengan muka tak puas hati dia. Berani sungguh dia buat muka begitu depan suami aku.
Perli nampak,” kata Linda. Tanpa dipelawa, dia duduk di hadapan kami. Ah, aku tak sanggup nak tatap muka dia. Boleh berambus tak dari sini?
Tak adalah tadi I ajak you temankan I makan tapi you kata you tak lapar,” tambahnya lagi.
Aduhai, apa masalah si Linda ni sebenarnya? Takkan dia langsung tak tahu yang aku ni isteri Syazwan yang sah. Tergamak dia kata begitu depan aku? Kenapa? Dia ingat, bila suami aku terhutang budi dengan keluarga dia, jadi dia boleh buat apa saja? Betul-betul kekurangan kasih sayang.
Memang tak lapar tapi isteri I tengah lapar sebab penat tunggu I balik,” jawab Syazwan. Jawapan dia buat aku tersenyum lebar sekali gus buat orang tu cemburu. Yahoo!
Kalau begitu, you pula kena tunggu I makan ya. I tengah lapar ni,” kata Linda selamba dan terus panggil pelayan restoran yang ada tidak jauh dari situ.
What the... Adui! Aku tak faham betul dengan perempuan tak tahu malu macam dia ni. Sekarang ni, Syazwan ni suami aku. Apa hal pula dia perlu tunggu kau makan? Memang betul-betul sakit jiwa punya perempuan.
Okey, dia memang dah main kasar. Aku tengok suami aku macam tak boleh nak buat apa-apa. Tak mengapa. Jangan ingat dia boleh kawal suami aku. Dia belum kenal lagi siapa Nur Hidayah yang sebenar!
Serentak itu, aku berpura-pura menguap besar. Pura-pura juga buat muka letih dan mengantuk. Tanpa segan silu, kepala aku pun segera landing di bahu suamiku. Sengaja ingin tarik perhatiannya.
Dah mengantuk ke?” tanyanya.
Aku mengangguk. Masih lagi berpura-pura.
Okey, kita balik sekarang,” dia terus setuju.
Yes! Berjaya!
Sorry Linda. I tak dapat teman you. I pun mengantuk juga. Esok ada meeting. You pun jangan balik hotel lambat sangat,” pesan Syazwan kepada Linda sebelum kami berlalu dari restoran itu.
Aku sempat tengok muka Linda sebelum pergi. Macam muka harimau kumbang yang tengah marah! Eee... takutnya... cepat-cepat aku peluk lengan suamiku. Hah, rasakan. Itulah padahnya kalau main kasar dengan aku.

Hampir seminggu aku di Langkawi ini. Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan Wani. Selama seminggu ini dia sibuk menjadi pemandu pelancong aku. Kadangkala takut juga aku tengok dia berjalan ke sana sini dengan perutnya yang besar. Sungguhpun begitu, Wani memang aktif. Dia memang tidak boleh duduk diam.
Jadi, oleh sebab sudah terlampau kerap berjalan sampai tak ingat berehat, dalam tak sedar kami sudah pun habis berjalan di sekeliling Langkawi. Semua tempat-tempat menarik telah pun kami redah sehinggakan kampung-kampung pun kami masuk.
Sepanjang seminggu ini, aku juga menjalankan misi yang sama. Setiap hari aku akan hantar mesej bergambar kepada suami aku. Walaupun dia tak membalas tapi sekurang-kurangnya dia tengok. Cuma aku terfikir, bilalah misi ini akan berjaya. Rasanya inilah misi yang paling lama aku jalankan. Sebelum ini hanya makan masa sehari dua saja cuma kali ini saja yang kurang menjadi.
Atau silap teknik? Tak mungkin. Mesti dia sibuk sekarang. Mana tidaknya, tiap kali dia balik mesti terus tidur, kepenatan. Agaknya beginilah keadaan dia bila dia outstation. Patutlah dulu dia langsung tak hubungi aku. Begitu teruknya dia bekerja. Aku ingat jawatan CEO ni agak senang sikit. Hanya datang ofis dan sain, lepas itu masuk dan keluar mesyuarat sepanjang hari.
Tapi Wani pula kata lain...
Wani bukannya nak burukkan orang lain tapi ini Ilham juga yang kata. Sebenarnya, kalau diikutkan abang tak sesibuk begini tapi Linda. Dia projek manager. Kalau diikutkan Ilham dengan dia boleh saja uruskan hal di sini tapi dia tetap nak abang turun. Wani kesian juga dengan abang terpaksa buat kerja Linda. Kalau Wani CEO, memang dah lama Wani pecat si Linda tu. Dia memang sengaja cari peluang untuk bersama abang,” jelas Wani tanpa berdalih-dalih lagi.
Sekali gus perasaan benci aku pada Linda semakin tinggi. Memang dari awal lagi aku perasan dia sengaja cari peluang untuk dekat dengan suami aku. Sekarang ni dia mesti bersama dengan suami aku. Waktu kerja. Aku pun tak boleh nak buat apa. Tapi, itu tak bermakna aku mengaku kalah.
Lantas aku keluarkan handset. Misi harus diteruskan. Mungkin Linda fikir, dia berjaya pisahkan aku dengan suami aku seketika tapi dia silap. Dia dah lupa ke sekarang ni semuanya di hujung jari? Sekali klik saja, makin lama boleh buat orang jauh dekat dengan kita!
Baru saja aku hendak selfie gambar aku, tiba-tiba tubuhku di rempuh orang. Serta-merta handset yang aku pegang terjatuh ke lantai. Hancur berderai! Hancurnya handset itu sama hancur dengan hati aku.
Sorry...” perempuan yang langgar aku itu hanya sebut satu perkataan dan dengan penuh ego dan tanpa rasa bersalah, dia pun berlalu pergi. Aku tak sempat nak buat apa-apa sebab perempuan itu jalan laju sangat. Macam sengaja cuba selamatkan diri.
Aku segera ambil handset aku yang sudah hancur. Skrin pula sudah retak seribu. Habis, macam mana aku nak hantar gambar kepada suami aku? Ipad pula aku tak bawa.
Kenapa Kak Dayah?” tegur Wani menghampiri aku.
Ada perempuan tu langgar akak. Habis handset akak dah rosak,” aku menunjukkan cebisan handset aku yang hancur. Tengok keadaan pun memang tak mungkin dapat diselamatkan.
Akak tak dapat hantar gambar lagi...”
Ah, tension! Tahu tak betapa gigihnya aku bekerja siang malam untuk dapatkan iPhone? Aku sanggup berlapar demi handset kegemaran aku ini. Aku bukannya fanatik dengan gajet seperti ini tapi aku ingin lihat titik peluh aku sendiri dengan membeli barangan mahal. Jadi, ini adalah barang yang sentimental bagi aku.
Wani mesej abang sekarang...” dia segera keluarkan handset.
Eh, tak payah!” aku segera menghalangnya. Wah, laju betul dia nak report. “Jangan susahkan abang. Dia tengah bekerja tu. Lagipun handset saja yang rosak, bukan ada apa-apa pun. Boleh beli baru.”
Aku bukan saja cuba meyakinkan Wani tapi diri aku juga. Nanti kalau aku mengadu pada suami aku tentang hal ini, entah apa pula reaksinya. Handset saja yang hancur. Aku masih lagi sihat walafiat. Jangan cari pasal.
Betul juga...” Wani turut bersetuju. “Okey, alang-alang kita tengah shopping ni, jom kita pergi beli handset baru.”
Hah? Eh, tak payahlah,” terkejut aku. Gila. Aku mana ada duit sekarang.
Abang tak ada bagi duit belanja ke?” soalan Wani buat aku terkejut. Soalan dia memang straight to the point. Langsung tak ada tapis-tapis lagi. Takut juga aku nak menjawab.
Tak. Eh, maksud akak ada. Dia ada bagi kad tapi akak takut nak guna...” jawabku. Serentak itu Wani tertawa kelucuan. Ketawalah.
Beberapa hari yang lalu, memang Syazwan ada bagi aku kad kredit untuk aku berbelanja di sini. Aku ingat kata-katanya masa dia bagi kad itu. “Belilah apa yang kau nak. Kad ni tanpa limit tapi jangan bawa balik kembar-kembar Lee Min Ho sudah.”
Tapi sampai sekarang aku tak guna-guna lagi kad itu. Kalau guna pun hanya setakat bayar untuk makan malam. Lagipun aku memang takut sangat-sangat guna duit orang untuk keperluan diri walaupun itu duit suami aku.
Guna sajalah. Abang bagi kad bukan untuk Kak Dayah simpan,” pujuknya.
Tak payahlah. Esok-esok sajalah. Lagipun handset saja. Bukan barang penting sangat,” jawabku.
Habis tu, macam mana nak hantar gambar kepada abang lagi?” soalnya.
Aku terkejut. Eh, dia tahu! Alamak, aku terlepas cakap tadi!
Hari ni akak cuti hantar gambar!” jawabku sudah tahan malu. “Biar abang berehat sekejap daripada tengok gambar entah apa-apa...”
Betul?”
Aku mengangguk. Rasanya tak ada masalah kot kalau aku tak hantar gambar kepadanya. Lagipun dia bukannya balas. Dia tengok pun bila ada kelapangan. Kadangkala, bila dia dah sampai bilik baru dia tengok gambar-gambar tu. Jadi, hari ini kerja aku tangkap gambar terhenti sekejap.
Wani, boleh tak kita lepak pantai? Tiba-tiba akak teringin nak tengok matahari terbenamlah,” kataku apabila terlihat poskad gambar matahari terbenam. Baru aku teringat, seumur hidup aku, aku tak pernah pun tengok matahari terbenam di pantai.
Okey,” Wani terus setuju. “Jom lepak Pantai Cenang!”
Jom!”

Aku melihat jam. Baru pukul 5.00 petang. Masih awal lagi hendak tunggu saat matahari terbenam tapi aku tetap sedia menanti. Aku duduk di tepi pantai sambil mata memerhati orang-orang di sekitar. Seperti aku ada juga yang menanti matahari terbenam dan kebanyakan mereka berdua.
Ah, aku yang tengok pun cemburu. Mana tidaknya, tengok matahari terbenam bersama orang tersayang adalah antara babak yang sweet sekali. Sungguhpun aku berdua dengan Wani tapi perasaan itu lain.
Aku memandang handsetku yang skrinnya sudah retak seribu. Kalaulah handset aku masih hidup lagi memang sudah banyak gambar pemandangan laut aku hantar kepadanya. Walaupun dia tak ada di sini tapi sekurang-kurangnya kami berkongsi pemandangan yang sama. Tapi malangnya, boleh pula waktu begini malang menimpa.
Wani nak pergi beli air, Kak Dayah jangan pergi mana-mana tau,” kata Wani, tanpa berlengah lagi segera bergegas berlalu dari situ.
Aku kembali layan perasaan sambil menikmati pemandangan tepi pantai. Bunyi ombak menghempas pantai tidak pernah terhenti. Angin laut menghembus lembut memberikan ketenangan kepadaku. Buat seketika aku terlupa tentang masalah yang menimpaku kini. Aku seolah-olah bebas!
Tiba-tiba pipiku terasa sejuk. Aku perasan ada botol air mineral menyentuh pipiku. Bila aku mendongak pandang atas, aku kaget. Seperti dalam mimpi sahaja apabila aku lihat suami aku berdiri di sebelah.
Apa ni? Aku tengah bermimpi ke? Macam mana dia boleh berada di sini? Aku memandang sekeliling. Dari jauh aku tengok Wani melambai-lambai sebelum mengekori seorang lelaki yang aku percaya itu suaminya. Oh ya aku belum lagi pernah terserempak dengan Ilham. Wani juga ada beritahu yang suaminya juga seorang workaholic tapi tak seteruk abangnya.
Oh, aku sudah dapat teka apa yang terjadi. Ini mesti Wani punya kerja. Mesti dia yang beritahu abang dia pasal handset aku sudah rosak. Tapi, pelik juga. Ada pula dia masa nak layan semua ini. Atau dia betul-betul risaukan aku bila dia dapat tahu pasal handset aku rosak?
Awak dah habis kerja ke?” tanyaku setelah dia duduk di sebelahku.
Tak. Ponteng sekejap,” jawabnya. Wah, jawapan dia memang mengejutkan. Sejak bila Mr. Workaholic ini pandai ponteng-ponteng kerja? Ini sesuatu yang baru. Dia ponteng kerja disebabkan aku ke?
Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepadaku. Kenapa? Dia nak pegang tangan aku ke? Kalau nak pegang, pegang sajalah.
Mana handset tu?” tanyanya.
Oh... handset ye. Aduhai, mujur aku tak pegang tangan dia. Kalau tidak mana aku nak letak muka? Jadi, dia tahu tentang handset itu. Sah, ini mesti Wani yang report kepadanya senyap-senyap. Aku tiada pilihan lain lagi selain serahkan handset aku yang sudah rosak.
Kenapa tak beli saja yang baru?” tanyanya.
Habis, apa aku nak jawab ni? Dia marah ke? Aduhai, dia tak tahu ke aku serba salah sebenarnya nak guna duit dia. Lagipun kalau aku nak beli handset, memang aku berkira. Aku nak sama dengan jenama yang aku punya tu. Sudahlah jenama tu sangat mahal. Yang terbaru lagi mahal. Aku nak minta kebenaran dia dulu sebelum beli. Itu yang sebenarnya. Bukan aku sengaja nak menyusahkan dia.
Aku bagi kau kad kredit untuk kau gunakan kalau ada ada apa-apa hal kecemasan berlaku. Ini juga dikira kecemasan. Patutlah hari ni handset aku senyap saja,” katanya.
Okey. Nanti. Berhenti di situ. Apa dia kata tadi? Handset dia senyap saja? Ini bermakna dia tunggu mesej daripada aku? Wahhh! Satu berita yang baik. Jadi, ini bermakna misi aku betul-betul berjaya! Yahooo!!!
Awak tunggu gambar daripada saya ye?” soalku sudah tersengih-sengih.
Dia pandang aku. Kali ini aku memberanikan diri pandang dia. Cuba lawan mata dengannya. Mari kita lihat siapa yang kalah. Tiba-tiba dia cubit pipi aku. Apa ni? Kenapa cubit pipi aku tiba-tiba? Apa salah pipi aku?
Jom!” ajaknya segera bangun.
Pergi mana?”
Makan. Wani cakap kau belum makan lagi.”
Wani oh Wani. Dia ni memang pelapor tegar betullah. Memanglah aku belum makan lagi. Selalunya bila aku balik hotel baru aku makan. Sekarang ni awal lagi.
Tapi saya nak tengok matahari terbenam. Jomlah tengok sekali,” pujukku sambil menarik tangannya.
Kali ini dia tidak membantah. Sekali lagi dia duduk di sebelahku. Yes, berjaya! Akhirnya terlaksana juga impian aku nak tengok matahari terbenam bersama-sama dengan suamiku yang workaholic ini. Pada awalnya memang mustahil tapi asalkan ada usaha, yang mustahil itulah yang akan jadi kenyataan!

Misi ke-enam berjaya! Dan kami pun berjaya tengok matahari terbenam tanpa sebarang gangguan daripada makhluk perosak...

Comments

  1. alahai syawan... romantiko jugak kamu ni

    ReplyDelete
  2. misi ke 7??

    sweet je cara pikat suami ni..

    ReplyDelete
  3. Misi berjaya.....hehehehe...go go dayah....

    ReplyDelete
  4. cayok,,,,cik suami tu rupanye romantik tak tunjuk...so sweet...Cayok cik penulis terus misi untuk romantik lagi....

    ReplyDelete
  5. sis cpt2 update...best benor cter ni

    ReplyDelete
  6. suka sangat buku ni. baca Novel die memang sengihh habisss. Haaaa seronoknyeee. Sweetttt

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.