Bila
aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu
saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah
beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga
yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika.
Aku
memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa
katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk
dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di
sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.
Aku
cuba mengingati apa yang sudah berlaku tapi belum sempat otak aku nak
bekerja, pintu bilik itu dibuka seseorang. Wani melangkah masuk.
“Eh,
Kak Dayah dah bangun? Dah lama sedar?” soalnya segera mendapatkan
aku.
“Baru
je. Wani, akak kat mana ni?” aku pula menyoal. Tak ada masa aku nak
ingat balik apa yang sudah berlaku. Lagipun kepala aku masih lagi
pening-pening lalat.
“Kak
Dayah tak ingat?” soalnya.
Aduhai,
janganlah soal aku yang baru bangun ni. Otak aku malas nak
bekerjasama sekarang ni. Aku hanya geleng.
“Kak
Dayah hampir kena langgar kereta semalam. Lepas tu pengsan, terus
masuk wad. Tapi jangan risau, Kak Dayah tak ada apa-apa yang serius
cuma letih saja,” terang Wani.
Aku
hanya mengangguk. Barulah aku ingatkan aku berfungsi dengan baik.
Seingat aku memang aku tak kena langgar waktu itu tapi aku tak tahu
kenapa boleh sampai pengsan. Terkejut agaknya.
“Abang
baru je balik tadi,” kata Wani lagi.
Bila
Wani sebut saja 'abang' serta-merta pening aku tadi beransur pergi.
Aduh, tiba-tiba aku rindu pula nak tengok muka dia. Tak kisahlah apa
yang sudah berlaku. Agak-agak dia risau ke aku masuk hospital?
“Abang...
risau ke?” soalku.
“Risau.
Sangat risau sampai makan pun tak lalu. Tadi pun Wani halau dia
balik. Maafkan Wani ya. Wani terpaksa halau abang balik sebab dah
harian dia jaga Kak Dayah. Bagi dia rehat sekejap. Ini pun sekejap
lagi dia ada meeting lagi,” ujar Wani serba salah.
Dia
risaukan aku? Betul ke? Kalau betul dia risaukan aku, tapi masih lagi
fikirkan tentang kerja. Itu risau apa tu? Atau Wani ni sengaja buat
cerita sebab nak buat aku rasa terharu. Ada CCTV tak dalam bilik ni?
Kalau ada aku nak tengok rakaman CCTV!
Aku
memandang sekeliling, cuba mencari kamera CCTV tapi satu pun tak
nampak. Ah, kecewanya. Tiada bukti kukuh.
“Kak
Dayah...” nada Wani seakan ingin mengambil hati aku.
Kenapa
pula ni? Ada yang tak kena ke?
“Mmm...
kalau Kak Dayah jumpa abang nanti... hati-hati tau.”
Sudah!
Apa pula ni?
“Kenapa?”
Wani
tersengih. Kemudian, dia buat isyarat seperti bom meletup. Tengok
saja isyarat Wani, aku dah boleh agak. Serentak itu, perut aku kecut
jadinya. Aku dapat rasakan betapa seramnya suami aku apabila meletup.
“Teruk
ke?”
“Wani
kena ceramah 2 jam. Lepas tu dengar dua tiga orang pekerja kena pecat
disebabkan hal kecik je,” ujar Wani.
Wah!
Suami aku ni. Dia marah je mesti ada orang kena pecat. Aduhai, apalah
nasib orang-orang yang dia pecat tu. Janganlah dia orang berdendam
dengan aku. Bukan kehendak aku pun nak masuk hospital. Tapi kesian
Wani. Dia tak bersalah.
“Akak
minta maaf Wani...”
“Ah,
biasalah tu tapi yang paling best sekali, Linda yang datang melawat
kena jugak. Habis kena ceramah dengan abang sampai menangis-nangis.
Memang betul-betul kena basuh dengan abang semalam,” kata Wani
lagi.
Wah,
ini memang seronok didengar tapi lagi seronok kalau aku dapat tengok
sendiri Linda kena basuh habis-habisan dengan suami aku. Aduh,
kenapalah aku boleh tak sedarkan diri. Ruginya!
Eh,
nanti! Kalau Linda dan Wani pun kena marah, sudah tentulah aku pun
takkan terlepas. Suami aku tu kalau dia tengah angin, semua orang dia
marahnya. Tengok gaya, macam dia punya marah lagi power dari aku
pernah tengok sampai aku dengar pun boleh kecut perut aku.
“Dia
marah akak ke?” tanyaku.
“Wani
tak boleh nak kata apa. Kak Dayah hati-hatilah ya. Jangan cari pasal
dengan dia lagi,” Wani memberi amaran.
Aku
mengangguk. Okey, nasib baik Wani dah bagi amaran, jadi aku tahu apa
yang perlu aku buat. Suami aku ni boleh dikatakan baran juga tapi
setakat ini belum lagi pernah sepak terajang aku. Alhamdulillah. Aku
harap dia boleh kawal marahnya nanti.
“Hai,
bosannya...” keluhku sambil meletakkan kembali novel yang sudah
habis dibaca. Selepas makan tengah hari tadi, aku habiskan dengan
membaca novel memandangkan aku tak boleh tidur. Mungkin semalam satu
hari aku habiskan masa tidur, jadi hari ini payah sikit mata nak
terlelap. Kesudahannya, aku kebosanan sepanjang masa.
Wani
sudah lama aku halau balik. Mana taknya, aku risaukan dia dengan baby
dalam perutnya, tapi dia pula risaukan aku. Lepas itu, aku pula
menyesal suruh dia balik awal. Sekarang ni, tiada siapa yang nak
melayan aku.
Syazwan
pula, entah ke mana. Mungkin sedang berehat di hotel atau mungkin
sedang kembali bekerja. Dia juga tak hubungi aku bertanyakan khabar.
Semasa Wani menelefonnya untuk memberitahu aku dah sedar, dia juga
tak nak bercakap dengan aku. Kata Wani, dia ada hal penting yang
perlu diselesaikan. Huh, aku ni tak penting ke? Ini yang membuatkan
aku nak merajuk lagi.
Tiba-tiba
aku terdengar ketukan pada pintu. Kemudian, aku melihat Linda
melangkah masuk. Sudah! Apa pula dia buat di sini? Dia datang nak
serang aku ke sebab tak puas hati selepas kena basuh dengan suami
aku?
“Boleh
I masuk?” dia menyoal. Kali ini dengan nada yang sopan.
Aku
seolah-olah dipukau. Langsung tak boleh kata tidak tapi sebaliknya
hanya mengangguk. Berani pula dia datang jumpa aku. Agaknya, apa
rancangan yang dia nak buat kali ini.
“Macam
mana keadaan you?” tanya Linda yang sudah pun duduk di kerusi
sebelah katil aku. Aku tak pelawa pun tapi dia sendiri yang duduk.
“Okey.
Baik.”
“I
tahu, kita berdua ada sedikit perselisihan sikit,” Linda sudah
mulakan mukadimah. Aku hanya mendengar. Tertanya-tanya sama ada
kedatangannya ke sini baik atau tidak. Okey, aku bagi dia peluang
untuk bersuara kalau dia cari pasal dengan aku, tahulah apa yang aku
nak buat nanti.
“Okey,
biar I berterus-terang. I bukan tak suka dengan you tapi I tak suka
dengan cara you dapatkan Syazwan. Bila I dapat tahu Syazwan
sebenarnya adalah pengantin ganti, I jadi marah,” luah Linda.
Amboi,
dia ni tahu nak marah saja. Siasatlah betul-betul dulu sebelum marah.
Bukan aku yang terhegeh-hegeh calonkan nama suami aku sebagai
pengantin lelaki tapi semuanya adalah cadangan kedua-dua belah pihak.
Dia tak tahu macam mana keadaan aku bila nama Syazwan disebut sebagai
calon ganti. Seboleh-bolehnya aku bantah tapi inilah yang dinamakan
jodoh. Tiada siapa yang tahu. Cakaplah sebenarnya kau sukakan dia.
Tak payah nak berselindung lagi.
“Memang
I sukakan Syazwan.”
Opocot
mak kau! Terkejut aku. Dia boleh tahu apa yang aku fikir ke? Dia ni
psiko ke psikik?
“Bohonglah
kalau I kata I tak sukakan Syazwan. Dalam banyak-banyak lelaki yang I
kenal, dialah lelaki yang paling I percaya. Tambah lagi I membesar
sama dengan dia, jadi tak hairanlah kalau I boleh jatuh cinta dengan
dia,” akui Linda.
Aduhai,
dia ni terlampau berterus-terang. Apa sebenarnya dia nak cakap ni?
Janganlah dia minta izin nak kahwin dengan Syazwan sebagai isteri
kedua. Tak nak! Aku takkan benarkan sampai bila-bila pun! Syazwan
milik aku seorang.
“I
datang jumpa you bukan sebab nak luahkan apa perasaan I terhadap
Syazwan tapi nak betulkan keadaan. Tapi untuk sampaikan apa yang I
nak sampaikan nanti, I terpaksa beritahu you apa yang I rasa.”
Dan
lepas tu nak bagi aku tanggung masalah lagi?
“I
nak minta maaf...”
Aik?
Semudah itu? Ni minta maaf takkan buat lagi atau minta maaf
selama-lamanya tak buat nakal dengan suami aku lagi?
“I
tahu, I salah sebab sentiasa ganggu rumah tangga orang. I buat macam
tu sebab I ingat Syazwan terpaksa berkahwin dengan perempuan yang dia
tak cinta tapi I sedar yang I dah silap menilai. Semalam tu, I peluk
dia sebab nak ucapkan terima kasih dan nak lepaskan cinta I padanya.
Dengan kata lain, I give up dengan you. I tak nak keruhkan lagi
keadaan. Tapi sebab dia merupakan cinta pertama I, jadi I minta dia
peluk I seketika. Tapi... tak sangka you nampak,” terang Linda cuba
menyakinkan aku.
Okey,
sekarang aku tak faham. Betul-betul tak faham. Dia kata dia nak
lepaskan Syazwan, kemudian dia minta Syazwan peluk dia. Apa yang dia
cuba nak beritahu ni? Tahu tak yang dia peluk tu suami aku? Dia orang
berdua bukannya muhrim. Nak saja aku buka ceramah agama kat sini.
“Tapi
apa yang awak buat tu salah,” aku akhirnya memberanikan diri
bersuara.
“I
tahu. Dayah, pernah tak you rasa macam mana yang I rasa sekarang?
Lebih 10 tahun I mengharapkan cinta dia tapi apa yang I dapat?
Nothing. So, I nak dia peluk I saja. I tahu dia dah jadi suami orang
tapi...” air mata Linda mula mengalir. “I cuma minta itu saja
supaya I dapat lepaskan beban yang I rasa selama ni. Menyintai orang
yang tak pernah menyintai kita membuatkan kita rasa terbeban,”
tambahnya.
Aduhai,
ini yang aku malas ni. Tiba-tiba aku pula rasa sebak. Aku tak peduli
sama ada itu air mata tiruan atau betul tapi apa yang Linda kata tadi
memang betul. Aku faham penderitaan dia menyintai orang yang tak
pernah menyintai kita balik.
Walaupun
aku tak pernah lagi menyintai orang dengan sepenuh hati tapi cukuplah
aku rasa derita bila terpaksa mengambil hati Ammar dulu. Tapi,
terpaksa pikat suami sendiri pun derita juga. Tambah lagi ada
pengacau.
“Linda,
saya tahu saya dapatkan dia dengan cara yang salah,” aku memulakan
mukadimah. Ceh, cara yang salah konon padahal aku rasa tak ada yang
salahnya. Perkahwinan kami ni tidak akan berlaku kalau dia tak
setuju. Jadi, ini bermakna suami memang bersetuju sangat-sangat
berkahwin dengan aku.
“I
cemburu dengan you...” dia menambah lagi.
Terima
kasih. Tapi cemburu tu biar berpada-pada sikit, jangan cemburu
lebih-lebih. Orang kata kalau terlebih cemburu memang buruk padahnya.
“Walau
apa pun yang terjadi, saya dah jadi isteri dia. Jadi, secara tak
langsung, saya ada hak untuk cemburu dan pertahankan apa yang dah
jadi hak saya. Perkahwinan ni dah terjadi. Suka atau tidak, saya kena
juga selamatkan perkahwinan ni. Jadi, saya harap, lepas ni tolonglah
jangan ganggu hidup kami lagi. Apa yang awak buat hari tu memang
cukup buat saya menderita. Saya tahu awak memang rapat dengan suami
saya dan lebih kenal dia daripada saya kenal dia, tapi apa yang awak
buat ni akan buat awak lebih merana. Awak patut melepaskannya
awal-awal lagi,” ujarku menutur dengan sebaik-baiknya. Silap
berkata-kata takut dia pula tak puas hati dan mulakan sengketa lagi.
Dia
mengangguk beberapa kali. Aku lihat matanya merah kerana menangis
tidak henti-henti. Aku memang payah sikit bila tengok orang menangis.
Walaupun musuh sekali pun. Tapi Linda, aku tak pernah anggapnya
musuh. Mungkin dia perempuan, jadi aku dapat selami hati dan
perasaannya sedikit. Melihatnya begini, buat hati aku tersentuh.
“I
bukannya jahat seperti yang you sangka. I perempuan, I juga ada
perasaan. Kalau I jadi isteri dia dan ada orang cuba merobohkan rumah
tangga I, I juga akan marah. Jadi, sebab tulah aku fikir, lebih baik
I undur diri sebelum perkara ni jadi serius. Lagipun, I tengok
Syazwan memang ambil berat terhadap you. You're so lucky to have
him!” dia puji aku.
Memang
betul. Aku sangat bertuah memiliki suami seperti Syazwan tapi yang
buat aku terkilannya, aku tetap nombor dua dan kerjanya tetap nombor
satu. Bilalah aku dapat menaiki takhta hatinya? Kalau Linda tarik
diri sekarang, itu tak bermakna aku dah menang. Aku ada musuh utama
yang kebal dan susah dihapuskan. Kerja dia!
“Tapi
dia tetap cintakan kerjanya,” jawabku.
Serentak
itu Linda tergelak.
“Itu
tak dinafikan. Lagi-lagi kalau dia tengah stress. Macam sekarang ni,
bila dia ada masalah peribadi yang buat dia stress, dia jadi mabuk
bekerja sebab dia nak lupakan masalah dia. Masa tu, janganlah ada
yang buat silap, kalau tidak dia akan pecat orang tu segera. Notis 24
jam.”
“Dia
memang suka pecat orang ke?” soalku. Kecut perut aku seketika.
Janganlah dia tiba-tiba pecat aku sebagai isteri dia.
“Itu
hobi dia masa marah. Semua orang di ofis tahu macam mana cara dia
bekerja. Di luar, memang dia nampak penyabar dan boleh bergurau tapi
bila berkenaan dengan kerja, jangan haraplah boleh bergurau
dengannya. Silap langkah, memang akan dipecatnya,” terang Linda.
“Wah,
macam mana orang-orang di ofis dia boleh tahan?”
“Dia
orang terpaksa tahan sebab gaji yang ditawarkan lebih mahal daripada
syarikat lain. Itu salah satu keistimewaan syarikat kami yang ada
pada syarikat lain. Bila gaji tinggi, apa pun orang sanggup buat.
Kena marah dengan bos pun masih bertahan lagi. Janganlah kena pecat.
Kalau kena pecat, merayu macam mana pun Syazwan takkan peduli,”
terang Linda lagi.
Aku
mengangguk faham. Bahaya juga suami aku ni. Nasib baik aku tak pernah
terfikir nak bekerja di syarikat besar kalau tidak hidup aku akan
dipenuhi stress.
“Dayah,”
Linda memanggil nama aku. “Harap you dapat maafkan I atas apa yang
I buat selama ni. Pasal hal tempoh hari tu, I mengaku I salah...”
“Saya
pun tak nak panjangkan cerita ni lagi. Kalau awak dah akui kesalahan
awak, saya maafkan,” kataku tanpa ragu-ragu lagi. Orang dah minta
maaf, ikhlas atau tidak, itu terpulang padanya. Walau apa pun aku
kena juga berhati-hati.
Tiba-tiba
pintu bilik aku sekali lagi dibuka orang. Kali ini Wani melangkah
masuk. Seperti aku, dia juga terkejut melihat kehadiran Linda.
“Hai
Wani,” sapa Linda dengan senyuman. Siap berpeluk lagi. Aku nampak
Wani terpinga-pinga dipeluk begitu.
“Linda...
apa you buat di sini?” tanya Wani masih lagi terkejut.
“I
datang melawat isteri abang you. Wah, you dah nampak tembam. Dah
berapa bulan yang dalam tu?” soal Linda.
“5
bulan,” jawab Linda sepatah.
“Err...
okeylah. I rasa I dah lambat dah ni. Ada kerja yang perlu I
selesaikan. Jadi, I balik dulu. Dayah, terima kasih ya sebab sudi
maafkan I dan I harap kita dapat berkawan baik selepas ni,” kata
Linda sebelum melangkah pergi.
Selepas
Linda pergi saja, Wani segera mendapatkan aku.
“Apa
hal? Kenapa dia tiba-tiba datang? Dia ada buat apa-apa pada Kak Dayah
ke?” soal Wani.
“Dia
cuma datang nak minta maaf saja,” jawabku.
“Minta
maaf? Linda minta maaf?”
“Dan
dia juga beritahu yang dia nak lepaskan abang,” tambahku lagi.
Wani
terdiam. Lama juga dia diam.
“Kak
Dayah, Wani tengah demam ke? Cuba cubit Wani sikit. Rasa-rasa macam
Wani masih lagi berada dalam alam mimpi kot,” kata Wani yang nampak
tak percaya.
“Akak
pun tak percaya tapi itulah yang berlaku,” aku memukul Wani dengan
perlahan.
“Wani
tetap tak percaya. Dia tu Linda. Mungkin Kak Dayah baru kenal dia
tapi Wani dah lama kenal dia. Dia takkan mudah mengundurkan diri
dalam hal macam ni,” kata Wani lagi.
“Tapi
dia sendiri cakap...”
“Kak
Dayah jangan terlampau mudah terpedaya dengan dia. Wani syak, mesti
dia ada rancangan lain ni,” dengar Wani kata begitu, takut pula aku
dibuatnya.
“Tapi
akak dah maafkan dia...”
“Tak
mengapa tapi Kak Dayah kena berhati-hati tau. Kalau ada apa-apa yang
tak kena, terus report pada Wani. Jangan risau, Wani sentiasa berada
di belakang Kak Dayah.”
“Terima
kasih Wani,” aku gembira sangat dapat adik ipar yang berjiwa kental
seperti Wani. Okey, kalau Linda tipu aku pun, sekurang-kurangnya aku
ada back up.
“Nah.
Ini Sushi King yang abang bagi.”
“Wani
jumpa abang?”
“Tak.
Abang bagi Ilham selepas dia tahu Wani nak datang sini.”
“Abang
kat mana sekarang? Kerja?” soalku.
“Apa
lagi. Kerjalah. Tapi dia ada pesan yang dia akan datang malam nanti.”
“Malam?”
aku berasa kecewa. Lambat lagilah aku nak jumpa dia. Aduhai, tak
faham betul aku. Semakin lama semakin rindu pula. Yang dia tu tak
rindukan aku ke? Kebal betul perasaan dia...
Aku
terjaga dan mendapati bilik aku sudah gelap. Mungkin hari sudah larut
malam. Aku tak pasti sudah jam berapa sekarang. Jam yang tersangkut
di dinding kurang jelas kerana cahaya yang samar-samar. Tiba-tiba
mataku terpandang satu lembaga di sisi katilku. Tersentap aku
seketika. Aku cuba fokus untuk memastikan lembaga itu bukannya hantu.
Akhirnya aku mendapati lembaga itu adalah suami aku.
Aku
mengeluh lega. Dia sedang tidur berbantalkan lengannya. Aku juga
perasan bajunya masih belum bertukar. Macam dia terus datang ke
hospital selepas habis kerja. Aduhai, tersentuh hati aku melihatnya
begini.
Daripada
aku sakit hati dengannya, terus tak jadi merajuk bila melihat
keadaannya begini. Aku patut bersyukur sebab dapat lelaki seperti
dia. Walaupun dia workaholic tapi dia tetap ingat aku. Walaupun dia
tak reti luahkan perasaannya tapi dia tetap datang menemani aku di
hospital.
Mmm...
nampaknya, aku kena ajar dia cara macam mana nak luahkan perasaan.
Macam Wani kata sebelum ini, abangnya mana pernah bercinta, jadi
mungkin sebab itulah kaku sikit nak meluahkan perasaan.
Okey
Dayah, mari kita tukar misi. Misi melembutkan hati suami workaholic
dah tak releven lagi. Sekarang ni misi mengajar suami workaholic
bercinta pula!
Aku
lihat dia yang masih nyenyak tidur. Kesian pula tengok dia tidur
begitu. Sudahlah bilik ini sejuk. Aku lihat lampu pada aircond
menyala. Patutlah sejuk tapi boleh lagi dia tidur di situ. Nanti,
kalau dia sakit, aku juga yang susah.
Nak
kejutkan dia ke? Dia sedang tidur. Aku pun cuit pipinya dengan jari
telunjukku. Tiada apa-apa respon daripadanya. Aku cuit lagi. Kali ini
dia terjaga. Dia memandangku dengan mata merahnya. Dari air mukanya,
nampak sangat dia sedang keletihan.
“Kenapa?”
dia menegurku
“Sejuk...”
jawabku sepatah.
Tiba-tiba
dia bangun dan terus naik atas katil. Eh, kenapa? Takkan... Alamak,
dia dah salah faham. Bukan itu maksud aku. Aku tak sejuk tapi yang
sebenarnya aku tak nak dia kesejukan tidur di situ. Tapi aku tak
boleh nak kata apa lagi bila dia ofer dadanya yang bidang menjadi
bantal aku.
Mmm...
bau badan dia. Ini sah tak mandi lagi ni tapi entah kenapa aku rasa
selesa dengan bau itu. Mungkin inilah orang kata, kalau dah cinta,
bau busuk pun kata wangi! Aduhai, Dayah serius dah kau ni!
Cepat-cepatlah ajar dia macam mana nak bercinta.
“Aku
minta maaf,” dia bersuara tiba-tiba.
Aik?
Aku ingat dia sudah sambung tidur. Aku pun mendongak memandangnya.
Dalam kesamaran malam, aku dapat lihat matanya sedang memandangku.
Dari matanya aku dapat lihat keikhlasannya dan mengakui kesilapannya.
“Saya
yang patut minta maaf sebab dah menyusahkan awak,” kataku, tambah
sikit perencah.
“Lain
kali walau apa pun berlaku... please... stay with me...”
Waaa...
macam tak percaya je Mr. Workaholic yang kata begini. Sudah tentu,
aku akan sentiasa bersama dengannya! Tiba-tiba dia memegang daguku
supaya aku mendongak memandangnya lagi. Baru aku perasan,
jari-jemarinya pasti akan bermain di daguku. Gayanya macam mengusup
dagu kucing pula. Ah, lantaklah asalkan selesa.
“I
love you...”
Tiba-tiba
aku jadi sebak. Inilah kata-kata keramat yang aku nak dengar selama
ini. Akhirnya, aku dapat dengar dari mulutnya sendiri. Aku tak dapat
menahan diri daripada menangis. Ya Allah, betapa aku ingin mendengar
ayat itu keluar dari mulutnya. Aku hanya mampu menangis dan dia
memeluk aku dengan erat...
***
Alhamdulillah.
Dengan ini berakhir sudah bahagian pertama kisah Dayah dan Mr.
Workaholicnya. Terima kasih kepada yang mengikuti cerita ini dari
awal-awal lagi saya siarkan di blog. Terima kasih juga yang sudi bagi
komen. Cerita ini panjang lagi sebenarnya tapi saya stop di blog
sebab ada yang berminat nak terbitkan dalam bentuk novel. Jadi, kita
berpisah untuk sementara ya. Insya Allah, saya akan berusaha supaya
korang dapat peluk novel ini suatu hari nanti. Teruskan sokong Dayah!
Yanaaaaaa akak xpuas xpuas xpuas samp hati stop kat bab cinta baru berputik warghhh nangis guling2...
ReplyDeleteAla last dah.....best sgt2
ReplyDeleteBtw hope dpt peluk novel ni x lme lg...
Can't wait....
Can't wait to hold the novel..
ReplyDeleteTahnhiah kepada penulis kerana dapat membawa kelainan pd penulisan novel melayu especially for romance...
Bait2 ayat yg digunakan simple and realistic..
Miss author please3 continue with your writing..looking foward for your next novel.keep it the good job.
best3, x terluah dgn kata2, tahniah.
ReplyDeleteBest. Thanks. Nnt jangan lupa promo kalau dah publish
ReplyDeleteWhy not citer nie buat drama?? Mesti best kan...
ReplyDeleteBest..bru nk feeling huhu
ReplyDeleteBest sngt..
ReplyDeletebile nk publish...tak sabar nak baca smpai habis
ReplyDeletejgn lupa promo kalau dh publish
Best criter ni dik.. sblm publish.. bg teaser blh.. ahaks :) nk tnggu publish lmbt sngt kot.. x sabr ni ;)
ReplyDeleteBest!
ReplyDeletesaya dah beli novel ni... tak caya saya boleh tersengih ketawa bila baca. 100% di rekomen kan beli lahhhhh. tak rugi. sangat best cerita ni.
ReplyDeleteCerita ni best..!!! baru je beli novel nye.. tak rugi beli ... hehe.. :)
ReplyDeleteHmm . Nak beli jugak . Nanti nak peluk tak nak lepas dah . 😍☺
ReplyDelete“Huh?” Kem Tẩy Tế Bào Chết SAKURA Ayuni yang sedang lahap makan itu terkejut. Mujurlah dia tidak tercekik.
ReplyDeleteSỮA RỬA MẶT SAKURA ACNES CLEANSING FOAM
Mana nak dapat novel ni..:(..
ReplyDeleteweh aku pun mencari do 😭😭😭
Delete