Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan
menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk
memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak
mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi
tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti.
Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan
Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin
dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka
pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.
Sebelum ini ada juga ibu telefon dan cuba corek rahsia tapi aku tak berani
ceritakan apa-apa. Aku hanya cakap kami masih dalam peringkat kenal mengenal.
Tapi aku tahu, ibu masih risaukan aku.
Bukan ibu saja, mama pun ada bertanya. Mama yang sedia maklum dengan
perangai anaknya, hanya menyuruh aku bersabar dan berdoa. Kini, bila aku
beritahu keduanya tentang pemergian kami ke Langkawi, sungguh gembira mereka.
Macam mereka tahu yang tak lama lagi yang mereka akan menimbang cucu.
Pasal anak, aku tak nak komen. Payah. Bukan senang nak pikat hati orang
mabuk kerja seperti suami aku. Dia ajak ikut pergi outstation ke Langkawi pun
kira bernasib baik. Kalau tidak, pastinya sekarang aku tengah kebosanan
menghitung hari menanti kepulangannya.
Sebaik sahaja sampai di KLIA, Linda sudah pun sampai. Baru saja aku nak
menyapanya, dia sudah jeling tajam. Muka macam tak puas hati aku ikut. Terus
tak jadi aku menyapanya. Hanya senyum. Itupun terpaksa senyum. Tapi dia
langsung tak balas senyuman aku.
Sah. Dia ni memang tak puas hati dengan aku. Tapi aku tak peduli. Apa
yang dia boleh buat. Silap dia juga tak pergi pikat suami aku awal-awal lagi.
Sekarang, nak sakit hati dengan aku pula. Kalau aku jadi dia, memang sudah lama
aku goda Syazwan. Tapi aku tengok dia ni jenis ego yang tinggi. Apa-apa hal dia
nak tengok lelaki pikat dia dulu.
Huh, kau silap perempuan. Walaupun aku bukannya kenal sangat dengan suami
aku tapi aku boleh agak dia tu bagaimana orangnya. Bukan mudah sangat hendak
masuk perangkap. Kau pakailah pakaian seksi macam manalah pun dia takkan
peduli.
Selepas check in bagasi, aku ikut mereka duduk di sebuah cafe. Aku dapat
tahu flight kami akan berlepas pukul 10.00 pagi. Jadi, ada banyak masa lagi
untuk berehat manakala mereka ada banyak masa untuk berbincang hal kerja. Aku
pula hanya duduk di tepi dan dengar perbualan mereka. Gila punya bosan.
Disebabkan tak tahu nak buat apa, aku layan novel saja. Sumbat earphone
di telinga dan layan novel. Mujurlah aku sudah standby beberapa buah novel.
Maklumlah aku bukan pergi honeymoon dengan dia. Nanti kalau dia keluar uruskan
hal kerja dia, aku mesti duduk hotel punya. Jadi, aku dah sediakan semuanya
supaya aku tak kebosanan nanti.
Sedang seronok aku melayan novel, tiba-tiba sepiring sandwic diletak di
atas meja depan aku. Aku terkejut. Rasanya aku tak ada pesan apa-apa makanan.
Aku pandang dia, belum sempat aku nak buka mulut, dia bersuara terlebih dahulu.
“Makan. Nanti perut masuk angin,” katanya.
Ini arahan ke? Dengar macam arahan tapi kalau tak nak makan boleh tak?
Memang perut aku sekarang ni sedang berjoget-joget lambak tapi aku tak ada
selera nak makan sekarang. Aku takut. Ini kali pertama aku naik kapal terbang.
Kalau aku berterus-terang depan dia, gerenti minah bernama Linda ni dengar.
Gerenti juga dia akan tergelak mengejek aku. Aku tahu sangat. Dia ni tunggu
masa saja nak menjatuhkan maruah aku depan suami aku.
“Mungkin isteri you ni takut sangat kot nak naik flight? Pertama
kalikan?” Linda sudah bersuara.
Kan! Dah kata dah! Hisy, bahaya sungguh perempuan ni. Aku senyap pun dia
boleh serang lagi. Aku ingat kalau aku buat tak peduli dengan dia, tak adalah
dia sakitkan hati aku. Rupanya aku silap. Memang lancang betul mulut dia. Tak
mengapa. Bersabarlah wahai hati selagi boleh bersabar.
“Kalau macam tu, baik kau makan kenyang-kenyang,” arahnya lagi.
Aku baru nak menggeleng, dia dah sumbat sandwic tu dalam mulut aku.
“Makan,” arahnya dengan tegas kali ini.
Nak tak nak aku terpaksa makan. Aku jeling ke arah Linda. Perempuan tu
pandang aku dengan pandangan tak puas hati. Aik? Ada orang cemburu ke? Wah, ini
sudah bagus! Aku tak buat apa-apa pun. Lagipun dia yang pandai-pandai sangat
nak cari jalan jatuhkan maruah aku. Sekarang, tanggung sendiri perasaan cemburu
tu!
Tiba-tiba aku teringin nak tambah perisa lagi...
“Sedapnya...” Habis sandwic itu aku makan. Bukannya aku berpura-pura kata
sedap tapi memang sedap pun. “Nak lagi boleh?”
“Pergi order sendiri,” katanya selamba.
Aku perasan Linda cuba menahan tawa. Kononnya dia dah menanglah tu. Hei,
perempuan jangan pandang rendah pada aku ya. Kau belum tengok lagi kehebatan
aku dalam bab goda menggoda suami sendiri.
“Ala... saya tak tahu nak order,” aku memulakan rayuan.
Dia seperti biasa, pasti akan pandang aku macam selalu. Walaupun
pandangannya macam nak terkam aku tapi aku abaikan saja. Aku dah biasa sangat
dengan pandangan tu.
“Tolonglah...” aku terus merayu. “Perut saya lapar lagi,” tambahku lagi
sambil memegang perut. Kebetulan pula perut aku berbunyi. Tepat pada masanya.
Pandai pula perut aku bekerjasama dengan aku hari ini.
Bila dia dengar perut aku berbunyi dia terus memanggil pelayan cafe itu
dan memesan dua sandwic. Amboi! Ini macam perli saja. Habislah, dia pesan dua.
Jenuhlah aku nak habiskan.
Biarpun perut aku masih lapar tapi yang sebenarnya selera aku tak lapar.
Aku sengaja minta satu lagi untuk naikkan api cemburu Linda. Bab tu memang
berjaya. Seronok aku tengok dia cemburu. Kalau boleh gelak dah lama aku
gelakkan dia sekarang.
Tak sampai beberapa minit sandwic yang dipesan pun sampai. Aku pun
berpura-pura makan lahapnya.
“Awak tak nak makan?” tanyaku sambil menghulurkan sedikit kepadanya. Saja
nak menambahkan cemburu Linda sebenarnya.
Dia menggeleng. Kemudian, aku perasan Linda tersengih. Itu mesti tak lain
dan tak bukan nak ketawakan aku sebab aku gagal ajak suami aku makan.
“Huh, kalau tak nak saya habiskan,” aku pun sumbat sandwic itu ke dalam
mulut.
Aku tahu kenapa Linda tersengih tadi. Suami aku tak beberapa minat makan
roti atau biskut. Dia ingat aku tak tahu tapi sebenarnya aku sengaja pelawanya.
Saja nak tambahkan perisa. Mana tahukan tiba-tiba dia terliur ke nak makan
sandwic ni selepas tengok aku makan...
Tiba-tiba dia mengejutkan aku dengan menarik tangan aku yang memegang
sandwic, lalu dimakannya sedikit. Aku tergamam. Bukan aku saja, Linda juga
tergamam.
“Awak makan sandwic?” Aku masih tak percaya.
“Kenapa? Tak boleh?” Dia masih dengan egonya.
Aku hanya tersengih-sengih. Mukanya menahan ego memang melucukan aku. Tak
sangka dia ni ada perasaan juga rupanya. Okey, aku perlu berusaha keras lagi
nak lembutkan hatinya dan turunkan sedikit egonya supaya suatu hari nanti dia
akan jadi suami yang romantik!
Ayuh, Dayah! Mari berusaha!
“Nak lagi?” aku hulurkan baki sandwic yang tinggal. Dia menepis perlahan.
“Nak lagi tak?” tanyaku lagi sengaja ingin menyakatnya.
“Eh, kita dah lambat ni,” kata Linda yang dari tadi aku tengok dia tak
senang duduk. Cis! Dia memang sengaja buat begitu.
“Cepat makan,” arahnya kali ini bernada tegas. Bila suaranya tegas,
memang aku tak berani main-main. Aku terus makan. Dalam masa yang sama Linda
sudah pun bangun. Bila dia bangun, lagilah buat aku menggelabah. Hampir
tercekik aku dibuatnya menelan kesemua roti.
Aku terpaksa berkejar untuk menyaingi langkah mereka berdua yang laju
melangkah. Ke mana mereka pergi, aku ikut saja. Maklumlah ini kali pertama aku
nak kapal terbang. Langsung tak tahu apa yang perlu dibuat.
Tiba di pintu masuk untuk ke pesawat, barulah aku diberi tiket. Aku pun
beratur ikut mereka beratur. Ramai juga orang tapi keadaan masih terkawal. Aku
cuba rapat dengan suamiku tetapi Linda dengan sengaja cuba mencuri tumpuan
suami aku dengan berbincang hal kerja. Jadi, terpaksalah aku berdiri di
belakang mereka sehinggalah aku tengok mereka masuk ke dalam pesawat.
Tiba giliran aku, tiba-tiba pula pramugari yang menyambut di pintu
pesawat menghalang aku dengan meminta aku tunjukkan tiket. Pelik pula. Tadi aku
tengok suami aku terus masuk tanpa tunjukkan tiket. Aku pun tunjuklah tiket
tanpa banyak tanya.
“Tempat cik di sebelah sana,” kata pramugari itu dengan senyuman manis.
“Hah? Suami saya...”
“Sebelah sana cik. Sini untuk tiket first class,” dia tunjukkan lagi
lorong ke tempat duduk aku.
Hah? Lantas aku tengok tiket aku. Kelas ekonomi. Tapi kenapa? Macam mana
aku boleh naik kelas ekonomi sedangkan suami aku berada di kelas pertama? Aku
mula panik tapi aku cuba tenangkan diri. Walaupun tak puas hati, aku berlalu ke
bahagian kelas ekonomi memandangkan orang di belakang aku pun tertunggu-tunggu
hendak masuk.
Mujurlah ada seorang lagi pramugari tunjukkan tempat aku. Jadi, tak
adalah aku tercari-cari tempat sendiri berpandukan tiket. Mujurlah tempat aku
betul-betul sebelah tingkap. Terubat juga hati yang sakit.
Tension betul. Kenapa aku tercampak dalam kelas ekonomi? Bukannya aku tak
puas hati sebab dapat tiket kelas ekonomi tapi aku tak puas hati kerana terpaksa
berpisah dengan suami aku. Sudahlah ini pertama kali aku naik kapal terbang.
Agak-agak ini ada kena mengena dengan Linda tak? Kalau tak silap dia yang
beri aku tiket ni tadi. Ah, kalau ini rancangan dia nak kenakan aku memang dia
dah berjaya! Aku rasa sekarang ni dia mesti tengah bersenang hati meraikan
kemenangan dia. Padanlah dia sengaja berbual tentang hal kerja dengan suami aku
tadi. Saja nak bagi aku leka! Hebat betul perempuan ni. Lain kali aku kena
berhati-hati.
Syazwan pula... takkan dia langsung tak perasan yang aku tak ada di
sisinya? Atau dia sendiri tahu yang aku dicampak ke sini? Tapi apa motifnya?
Saja nak bagi aku sakit hati? Cemburu dengan Linda?
Ah, boleh meletup kepala aku fikirkannya. Kalau aku tahu begini nasib
aku, memang aku tak akan ikut dia pergi oustation. Aku lebih rela kebosanan
duduk di rumah.
Ah, sudahlah. Tak guna aku fikirkan hal yang telah terjadi. Reda sajalah
dengan kekalahan ini. Memang dah nasib dapat suami yang mudah leka dengan
kerja. Menyesal pun tidak ada guna lagi.
“Maaf, ini beg cik ke?” sapaan seorang lelaki membuatkan aku terkejut.
“Oh, sorry,” aku lantas mencapai beg yang aku letak di atas tempat duduk
di sebelahku. Aku angkat saja beg aku, lelaki itu terus duduk di sebelahku.
Aku duduk dengan lelaki? Adui, ini yang aku malas ni. Aku paling tak suka
duduk bersebelahan dengan lelaki sebab itulah aku tak suka naik bas awam. Aku
fobia sikit dengan lelaki yang tak dikenali. Semuanya selepas aku dengar
pengalaman kawan aku yang pernah kena raba. Bila aku ingat balik, semakin kecut
perut aku dibuatnya.
“Pertama kali?” tegur lelaki itu.
Aku tak berani nak bertentangan mata dengannya. Mana tahukan dia pukau
aku dan lepas tu aku pun turut apa saja yang dia kata. Seram. Aku memang
begini. Fobia dengan lelaki yang aku tak kenal. Sebab aku setuju berkahwin
dengan pilihan keluarga. Ibu dan ayah pun sudah sedia maklum dengan fobia aku
ini.
“Jangan risau. Insya Allah kita semua akan selamat berlepas dan
mendarat,” tambahnya lagi biarpun aku tak melayan soalannya tadi.
Kan baik kalau yang berkata tu adalah suami aku. Tak adalah aku berasa
takut sangat nak menghadapi semua ini. Tidak lama kemudian, pesawat yang aku
naiki berlepas dengan jayanya.
Huh, lega! Kecut juga perut aku semasa kapal terbang hendak naik. Tapi
sekejap saja. Lama-lama perasaan takut itu hilang. Yahoo... aku berjaya
terbang!
Aku berpura-pura tidur sebabnya lelaki di sebelah aku tak habis-habis
hendak ajak aku berbual. Nasib baik penerbangan ke Langkawi mengambil masa
lebih kurang satu jam. Tapi satu jam tu aku rasa macam lama sangat.
15 minit pertama penerbangan aku dah rasa pening-pening lalat. Tekak aku
pun rasa tidak selesa. Begitu juga dengan perut aku. Aku memang mudah sangat
mabuk. Naik bas awam pun aku mabuk. Jadi, tak hairanlah kalau pertama kali naik
kapal terbang aku mabuk. Tapi aku cuba bertahan.
Aku tak sedar berapa lama aku tidur tapi sedar-sedar saja aku perasan aku
tertidur di bahu seseorang. Alamak! Aku tidur atas bahu lelaki tu ke? Tanpa
berlengah lagi aku terus angkat kepala dan sekali lagi aku terkejut. Aku tak
pasti sama ada ini mimpi atau bayangan aku, suami aku betul-betul berada di
sebelah!
Aku menggosok mata kerana tidak percaya. Bila buka balik, aku tengok
memang dia berada di sebelahku. Aik? Bila masa dia ada di sebelah? Ke mana pula
lelaki yang duduk di sebelah aku? Aku masih bermimpi ke?
“Macam mana awak ada di sini?” tanyaku setelah memastikan yang dia
betul-betul ada di sebelah aku. Soalan tadi dibalas dengan tenungan seperti
biasa. Ah, ini yang malas ni. Bila dia tenung aku begitu pasti ada saja yang
dia tak puas hati.
Takkan dia tak puas hati aku duduk di bahagian kelas ekonomi. Bukan aku
yang beli tiket. Kalau nak marah, pergi marah orang yang uruskan hal ni. Aku
tak ada kena mengena langsung. Ah, peningnya.
Aku memegang kepala yang terasa berat.
“Jangan banyak bergerak,” dia menarik aku supaya berbaring di bahunya.
Ah, untung juga ya pening-pening lalat atas awan ni. Dia pula sanggup
datang sini dari kelas pertama yang selesa tu. Eh, jadi ni bermakna Linda keseorangan
di sana. Yes! Biar padan muka dia. Aku tahu dia yang aturkan semua ni. Dia
ingat senang sangat ke nak pisahkan kami berdua? Huh, lepas ni, aku akan
berjuang habis-habisan!
Baru saja aku nak bermanja-manja dengannya, tiba-tiba kami dikejutkan dengan
pengumuman kapten pesawat yang memaklumkan bahawa pesawat akan mendarat ke
lapangan terbang Langkawi tidak lama lagi dan kami diarahkan memakai tali
pinggang. Aku pun terus memakai tali pinggang. Menggigil juga tangan aku.
Tiba-tiba saja aku rasa takut tapi dia pantas pegang tangan aku. Serta-merta
aku rasa selamat. Aku rasa, akulah orang yang paling bahagia sekarang!
Turun sahaja dari pesawat, aku rasa macam kaki aku jalan tak pijak tanah.
Macam orang mabuk pun ada. Tapi mujurlah ada suami aku yang memimpin tanganku.
Tapi nasib baik hanya sekejap saja. Selepas menyedut udara Langkawi yang
nyaman, aku bagaikan dapat kekuatan semula. Pening-pening lalat tadi pun sudah
berkurangan.
Kami kembali berjumpa dengan Linda yang sudah pun tunggu di hadapan balai
ketibaan. Mukanya tak usah cakap. Mukanya ketat macam tidak puas hati dengan
aku pun ada. Pandang aku pun macam nak terkam. Aku pula buat muka selamba. Aku
tahu sangat kenapa dia tak puas hati dengan aku. Mestilah dia tak puas hati
sebab rancangan dia nak kenakan aku tak berjaya.
Padan muka!
Tapi selain Linda, aku juga perasan sesuatu terhadap suami aku. Dia
langsung tidak bertegur sapa dengan Linda. Mereka macam sedang melancarkan
perang dingin. Lebih teruk lagi, bila Linda hendak berkata-kata, dia hanya
angkat tangan memberikan isyarat kepada Linda supaya diam. Serta-merta Linda
diam.
Wah, aku yang tengok pun seram. Sampai begitu dia punya dinginnya. Terasa
sungguh. Aku pasti, ini tak lain dan tak bukan mesti pasal aku. Aku pula yang
kecut perut sampai tak berani tengok muka dia.
Kedatangan kami disambut oleh seorang pemandu yang bertugas untuk
mengambil kami di airport. Ketika di dalam kereta untuk ke hotel, aku hanya
dengar bunyi cengkerek. Masing-masing tak berani bersuara. Memang sah suami aku
tengah berperang dingin dengan Linda.
Entah kenapa aku pula yang rasa tak selesa. Aku nak bersuara pun aku
takut. Macam aku pula yang buat salah. Aku menjeling tengok dia di sebelah. Dia
sedang membaca sesuatu pada tabnya. Berkerut-kerut dahinya membaca dokumen itu.
Sekali lagi aku takut. Sekarang ni dia bagaikan sedang melepaskan aura
kemarahan. Meremang bulu roma aku duduk di sebelahnya.
Kemudian aku mendengar dia mendengus marah. Tersentap aku dibuatnya. Aku
tengok dia campak tabnya ke tepi. Okey, dia memang tengah marah. Inilah masanya
untuk sambung misi!
Tips no. #5
Dia tengah marah/stress? Buat sesuatu supaya dia menyedari yang dia tak
keseorangan.
Sekali lagi aku menjeling pandang memandangnya sambil berfikir apa yang
perlu aku lakukan. Ini baru pertama kali aku tengok dia semarah ini. Tambah
lagi aku tengok dia seperti stress. Tak pasti sama ada disebabkan perang dia
dengan Linda atau soal kerja.
Kalau aku bersuara, mesti aku kena balik. Orang tengah baran memang kena
berhati-hati. Jadi, bersuara bukan satu jalan yang baik. Tapi kalau tak
bersuara, apa yang perlu aku buat supaya aku dapat turunkan kemarahannya?
Aku memandang tangannya. Tiba-tiba aku dapat idea. Tanpa berlengah lagi,
aku memberanikan diri memegang tangannya. Kemudian, cepat-cepat aku memandang
ke luar tingkap menikmati keindahan Langkawi dari dalam kereta. Aku perasan dia
memandang aku tapi aku tak berani pandang mukanya.
Akhirnya aku terasa dia membalas pegangan tanganku dan menggenggam dengan
erat. Aku dapat rasa kehangatan tangannya.
Tidak lama kemudian, aku perasan dia mula tenang. Yes! Aku berjaya tarik
perhatian dia. Bila aku curi tengok, dia kembali membaca dokumen pada tabnya
sambil tangannya masih menggenggam tanganku. Aku tak dapat menyembunyikan
senyuman.
Dalam masa yang sama, aku perasan ada mata yang memandang. Siapa lagi
kalau bukan Linda. Mesti dia tengah sakit hati. Ah, aku peduli apa dengannya.
Aku pegang tangan suami aku, bukannya suami orang. Tulah, walaupun suami aku
workaholic tapi aku isteri super sweet!
Mmg pun dayah isteri super sweet...haha
ReplyDeleteGo..go...dayah superswettt ...teruskan misi tawan si workaholic ...:))
ReplyDeleteuiiii bab syazwan tgl dayah kat class economi mula2 mmg xbley blah kn
ReplyDeletexkn la xperasan.. tapi nasib dia p kat dayah kalo x mmg m16 i bagi..
dayah teruskan perjuangan ye.. cahyok2
Super sweet ;)
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteahax suwet gitu
ReplyDeletebestnya... nak laki mcm syazwan.. hahha...
ReplyDeleteGiler sweet....tak sabar nk baca bab strusnya...
ReplyDeleteBagus dayah wat sweet2 sket pikat si syazwan tu..
ReplyDeletesusah jugak nak lawan pesaing yg dah lama suka c syazwan tu ye...ape ape cayok dayah
ReplyDeleteSweetnya cara menjalankan misi. So misi ke 6 apa pula ek??
ReplyDeletesuper best and super sweeettt
ReplyDeleteSo sweet . Suke giler bace .
ReplyDeleteGreat. I like it. bon inox dai thanh . Very good.
ReplyDelete