Skip to main content

AKAN DATANG BERSAMA CINTA [PROLOG]

“Esok, pergi buat passport,” kata ayah tiba-tiba.

Aku berhenti mengunyah keropok. Mujur juga tak menelannya. Jika tidak, sudah tentu akan tersekat di tekak. Silap hari bulan, boleh jadi arwah. Aku pandang ayah yang masih tenang melayan komputer di hadapannya. 


“Nak buat apa?” Aku hairan. Apa hal pula ayah tiba-tiba suruh aku buat passport? 


“Pergi bercuti. Tenangkan jiwa dan fikiran tu,” kata ayah lagi. 

“Kenapa pula sampai nak buat passport?” Hairan betul aku.

“Boleh cuti jauh sikit. Masalah adik ni tak boleh cuti-cuti Malaysia,” tambah ayah lagi. 

Mmmm… aku mengangguk. Ada benarnya. Situasi aku sekarang tak digalakkan pergi cuti-cuti Malaysia. Sekarang satu Malaysia sedang kecam aku. Muka aku sudah viral di media sosial. Baru beberapa hari yang lepas kepala aku kena baling dengan telur semasa keluar untuk membeli-belah di pasar raya. Disebabkan itu, aku takut untuk keluar rumah. 

Bila ayah suruh pergi bercuti di luar negara… ada betulnya tindakan ayah. Cuma…

“Tak naklah. Malas,” jawabku. 

Memang aku malas nak pergi melancong ke luar negara. Sejak dulu lagi memang aku tak suka pergi bercuti. Dalam Malaysia pun banyak lagi tempat-tempat yang aku tak pernah pergi. Hidup aku hanya setakat tempat kerja dan rumah. Lagipun daripada aku membazir duit dan masa pergi melancong lebih baik aku gunakan masa itu untuk bangkit semula. 

“Laa… kenapa tak nak pula. Ayah bagi peluang ni.” 

“Adik mana ada duit nak pergi luar negara. Totally lost!” Aku beri alasan. Tapi sebenarnya duit tu memang ada. Lebih daripada cukup. 

“Tak apa. Ayah sponsor semuanya!”

Terbeliak biji mata aku. Sekali lagi aku pandang ayah. Biar betul ayah aku ini. Macam tak logik pula. Pasti ada udang di sebalik batu!

“Tapi adik tak tahu nak bercuti di mana…”

“England.”

Aku mengangkat kening. Ini macam…

“Derby.”

Sah! Memang ada udang di sebalik batu!

Comments

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.

Suamiku Workaholic [Bab 1]

Ibu kata, Syazwan paling tak suka dengan orang yang lambat datang janji temu. Jadi, awal-awal lagi aku sudah datang ke tempat janji temu. Masa tu, cafe yang menjadi tempat pertemuan kami itu baru sahaja buka. Lama juga aku duduk menunggu maklumlah aku datang setengah jam lebih awal. Tepat pukul 10.00 pagi, Syazwan datang tepat pada masanya. Padanlah dia sudah jadi seorang yang berjaya dan bekerjaya. Dia datang dengan baju kot (ah, cair!). Nampak segak dan bergaya. Serius aku sudah jatuh hati. Datang-datang saja, dia terus renung aku dari atas hingga bawah. Berdetak juga jantung aku tiap kali matanya scan setiap inci tubuh aku. Macam mata Superman yang boleh tengok dalaman tubuh orang pula. Setelah dia berpuas hati, barulah dia duduk dan membuat pesanan kepada pelayan cafe itu. Kemudian, dia keluarkan tab miliknya dan senyap.