Skip to main content

Suamiku Workaholic [Bab 11]

Tip no. #3
Ajak dia lakukan aktiviti bersama-sama.
Aku duduk di hadapannya. Dia sedang tidur. Nyenyak sungguh dia tidur sampai aku tak sanggup nak geraknya. Yelah, bukan senang nak tengok dia tidur sampai matahari meninggi begini. Selalunya selepas solat subuh dia jarang tidur semula. Ini kali pertama. Mungkin dia penat sangat kot.
Aku masih menunggunya sedar. Sejujurnya bukan aku tak sanggup bangunkan dia tapi aku nak tengok muka dia puas-puas. Baru aku perasan, dia ada kening yang lebat dan bulu mata yang melentik cantik. Wah, kalah model Maybelline.

Tidak lama kemudian, aku perasan dia mula sedar. Aku masih tidak berganjak. Duduk di depannya sambil peluk teddy bear. Bila dia buka saja mata, aku mengukir senyuman. Dia nampak terkejut dan terus terbangun berundur ke belakang. Entah bagaimana dia tiba-tiba terjatuh dari katil.
“Awak tak apa-apa ke?” tanyaku. Aku pula yang terkejut lihat dia jatuh katil. Rasanya aku tak ada pakai topeng hantu tapi dia boleh terkejut sampai jatuh. Atau mungkin dia memang takut dengan teddy bear kot.
“Dayah...” tegurnya dalam nada geram.
Aku tersengih-sengih. Bukannya ketawakan dia tapi serius, muka dia sekarang memang kelakar. Comel kot.
“Awak,” panggilku yang sudah duduk di sisi katil. Dia masih lagi tak bangun daripada jatuhnya. “Awak, hari ni awak cutikan?”
“Kenapa?” tanyanya macam takut-takut. Seronok pula aku tengok keadaan dia begini. Selama ini dia buli aku. Hari ini biar aku buli dia pula. Hah, rasakan. Ini baru sikit.
“Kalau macam tu, boleh tak saya mintak sesuatu?” tanyaku sambil mataku meliar memandang tubuhnya. Dia sudah menggelabah. Ha, ni yang aku suka! Serius, comel!
“Apa dia?” tanyanya tergagap. Huh, dia ada perasaan rupanya!
“Mmm... boleh tak kalau saya...” sengaja aku matikan kata-kata di situ. Cakap pun dengan gaya menggoda. Bukannya aku nak goda dia sangat tapi saja nak tengok reaksi dia. Kalau aku tahu dia semudah ini, memang dah lama aku kacau hidup dia dengan aksi meow-meow!
“Dayah...” dia pandang aku serius. Mungkin tak tahanlah tu kena goda.
Okey. Okey. Orang nak main-main sikit pun tak boleh.
“Boleh tak kalau saya nak basuh kereta awak?”
“Hah?” dia terkejut. Serius, muka dia terkejut macam budak kecik. Comel.
“Sebenarnya saya rasa kesian sangat dengan kereta awak tu. Saya tahulah itu kereta lama tapi takkanlah macam tu sekali awak layan kereta awak. Kereta pun ada perasaan tau. Saya tak sampai hati tengok kereta awak berhabuk dan kotor macam tu,” aku menerangkan sebab sebenar. Itu memang betul. Aku yang tengok pun rasa macam sakit hati dengan keadaan kereta yang tak pernah berbasuh itu.
Dia mengeluh. Tak pasti apa yang dikeluhkannya.
“Tolonglah...” aku merayu.
“Okey, okey. Pergilah basuh,” akhirnya dia memberikan jawapan.
“Betul?” aku tak dapat sembunyikan senyuman gembira.
Dia angguk.
“Okey, kalau begitu... jom kita basuh sama-sama...” aku terus capai tangannya.
“Hah? Basuh sama?” dia terkejut.
“Jomlah!” aku terus tariknya bangun.


“Kesian awak, dah lama tak mandi ye sampai berdaki-daki badan awak. Tak mengapa hari ni, saya akan bersihkan awak sampai bersinar kembali. Macam awak muda-muda dulu. Orang tengok pun boleh ternganga tau,” kataku sambil mengusup kereta suamiku. Sekejap lagi kami akan memulakan operasi membersihkan kereta ini. Hah, inilah saat yang aku nanti-nantikan. Tertunai juga hasrat aku nak bersihkan keretanya.
Sekarang baru aku tahu kenapa sampai sekarang Syazwan tak tukar kereta baru. Kereta lama juga yang jadi pilihannya. Sebabnya, dia tak perlu bazirkan masa nak membasuh dan mengemas. Adui, aku masih tak percaya seorang CEO pakai kereta Wira keluaran 90-an ini. Ingatkan dia memang suka kereta lama tapi rupa-rupanya, dia sengaja beli kereta lama. Kalau kereta baru yang cantik, memang payah sikit nak jaga. Itu kata Wani. Memang mabuk kerja tahap kronik betul dia ni.
“Kenapa aku pula yang kena basuh?” tanyanya macam tak puas hati. Mana tidaknya kalau aku dah kacau tidurnya. Selalunya kalau dia cuti, aktivitinya tak lain dan tak bukan mesti tidur, makan, sembahyang dan tidur balik.
“Mestilah. Saya mana pernah basuh kereta. Takut nanti, terbasuh bahagian yang tak boleh dibasuh,” aku bagi alasan. Padahal aku memang selalu basuh kereta ayah.
“Aku nak sup tulang nanti,” tegasnya.
Oh my... permintaan dia tu memang mencabar. Gila. Aku mana pernah masak sup tulang secara berdikari. Keluarga aku jarang sangat makan sup tulang. Kalau nak makan pergi ke kedai sebab ibu fobia tengok tulang lembu yang belum dimasak. Jadi, secara automatik, si anak pun mestilah tak reti masak sup tulang. Kalau tanya Encik Google pun aku tak yakin boleh menjadi masakan aku atau tidak.
Dayah, cepat bagi alasan!
“Sup tulang? Mana nak dapat tulang lembu?”
“Pasar.”
“Kalau pergi pasar belum tentu boleh dapat. Tulang lembu memang jadi rebutan tau. Selalunya kena order dulu. Itu pun belum pasti boleh dapat juga,” aku beri alasan. Itu yang aku dengar daripada kawan-kawan aku tapi aku sendiri tak pasti sebenarnya. Harap-harap dia percaya.
Dia menggaru kepala. Mmm... nampak macam sudah termakan umpan saja. Cepat pujuk dia lagi, Dayah!
“Mmm... apa kata kalau saya masak sup ayam?”
“Okey,” jawabnya pendek.
Yes, berjaya! Tapi, kena berhati-hati juga. Mulai hari ini, kena bekalkan ilmu bagaimana nak masak sup tulang, sup ekor dan segala jenis sup yang ada di muka bumi ini!
“Ambil getah ni, pergi sambung kat pili air tu,” arahnya dalam keterpaksaan.
Aku pun menurut. Sebelum memulakan pembersihan, aku selongkar semua yang ada dalam keretanya. Sampah tu jangan cakap. Patutlah aku asyik bersin saja bila masuk keretanya. Bakteria berkumpul pada sampah-sarap di dalamnya. Bila diselongkar, hampir satu beg plastik jugalah sampah yang perlu dibuang.
Suamiku oh suamiku. Ini berapa tahun punya sampah da? Macam manalah dia boleh tahan dengan keadaan kereta yang berselerak begini? Mujur dia kahwin dengan aku, kalau tidak sampai ke tua dia akan memandu kereta yang penuh dengan sampah.
Selepas habis selongkar bahagian dalam, barulah kami memulakan pembersihan di bahagian luar. Inilah saat aku tunggu-tunggu! Tapi dia pula, macam nak cepat habis. Boleh pula dia terus nak simpah air sabun.
“Bukan macam tulah. Awak kena mandikan kereta dengan air bersih dulu. Selepas basah barulah simpah dengan air sabun ni,” aku berinya tunjuk ajar. Nampak sangat dia tak tahu membasuh kereta.
“Ambil ni, dan siram dulu dengan air bersih,” arahku sambil memberikan getah paip kepadanya. Dia hanya menurut dalam keterpaksaan. Kadangkala kesian pula aku tengok tapi orang macam dia memang kena ajar sikit. Asyik hambakan diri dengan kerja, sekurang-kurangnya luangkanlah masa dengan perkara yang berfaedah yang lain.
Bila tiba membasuh dengan air sabun, itu agak letih kerana daki payah juga ingin menanggalkan daki yang bertahun-tahun tidak pernah ditanggalkan. Jenuh juga ingin menyental bagi cantik. Kali ini aku nampak dia bersungguh-sungguh melakukannya.
Mataku tidak berkelip memandangnya. Dari hujung kaki ke hujung kepala. Bukan ke bagus kalau kami habiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti begini. Kalau awal-awal lagi aku cari tips itu, tak adalah hidup aku diselubungi kebosanan.
Eh, inilah peluang untuk tambahkan perencah sedikit supaya bombastik!
Perlahan-lahan aku menghampirinya yang sedang leka menyental. Lalu kuambil sedikit buih-buih sabun dan kucalit di pipinya. Dia tergamam lalu memandangku dengan pandangan tak puas hati. Aku buat tak peduli dan mentertawakannya.
“Dayah, cuba buat kerja tu betul-betul,” tegurnya tegas.
Dia langsung tidak senyum. Kemudian, berlalu dari situ. Serta-merta aku hilang mood hendak bergurau senda dengannya. Tension betul. Itu pun nak marah. Dia boleh dikatakan cukup bertuah tau dapat isteri yang ceria macam aku ni. Kalau dia dapat isteri yang tahu kerja macam perempuan-bernama-Linda tu memang mati kebosanan dia nanti!
Huh, malaslah nak layan dia lagi. Lepas ni, biar dia buat hal dia aku buat hal aku. Kita tengok siapa yang bosan dulu. Ah, mestilah aku yang bosan dulu. Rasa macam mahu meraung kuat-kuat saja.
Tiba-tiba aku terkejut apabila terasa badanku disiram air dari belakang. Pantas aku berpaling. Ya Allah, terkejut aku dibuatnya. Rupa-rupanya dia yang siram air!
“Awak, janganlah!” aku berlari menyelamatkan diri tetapi dia tetap menyiram aku seperti aku ni pokok bunga. Ke mana saja aku pergi, tubuhku tetap di basahi air. Habis lencun dibuatnya.
Cis, ini tak boleh jadi! Aku pun ambil sebaldi air sabun yang sudah hitam digunakan dan simbah ke arahnya. Tergamam dia seketika. Yelah, dia sendiri pun tahu air sabun itu dah hitam legam dibuatnya.
“Dayah...” ujarnya bernada geram.
“Opss...”
Aku tersengih. Sebelum dia marah, baik lari dulu selamatkan diri! Aku segera membuka seribu langkah dan dia mengejar di belakang bersama-sama getah paip. Walaupun basah lencun, asalkan misi ke-tiga berjaya!


“Sup ayam sudah siap!” aku menghidangkan semangkuk sup ayam yang baru sahaja aku masak tadi. Dia sudah sedia menanti di meja makan sejak tadi sambil membaca surat khabar.
Letak sahaja sup ayam itu, dia terus ambil sudu dan rasa. Macam pengadil pertandingan memasak pula lagaknya. Aku pula macam peserta pertandingan masakan. Berdegup-degup jantungku menantikan keputusan pengadilan.
“Macam mana? Sedap tak?” tanyaku yang tak sanggup lagi menunggu komennya. Kalau dia kata tak sedap, aku tak bagi dia makan!
Dia mengangguk. Aik? Macam dia tahu saja apa yang aku tengah fikir sekarang. Angguk tu sedap ke tak? Kalau sedap cakap sajalah sedap. Ada suarakan? Dia ni memang kedekut sangat nak bersuara. Macam ada emas saja dalam mulut tu. Kecewanya aku. Apa salahnya puji isteri sikit. Sikit pun jadilah. Terus layu semangat aku nak masakan untuk dia lagi.
Aku perhatikan dia. Dari tadi dia makan tak pandang kiri kanan langsung. Wah, ini tengah lapar atau aku yang masak sedap ni? Tak kisahlah. Asalkan dia makan apa yang aku masak. Ah, bahagianya. Rupanya inilah perasaan apabila suami makan masakan kita. Tapi kalaulah dia puji sekali... alangkah bahagianya hidup!
Tiba-tiba aku tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi. Hisy! Kacau saja. Tak tahu ke hari ni hari Ahad? Hari bercuti? Itu tak lain tak bukan mesti pasal kerja. Dia yang makan tak pandang kiri kanan tadi, terus berhenti makan.
Boleh tak jangan jawab telefon tu? Aku terus pandang dia sambil berharap. Dia pula bagaikan tahu apa yang aku fikirkan tidak endahkan langsung telefon bimbitnya berbunyi dan terus sambung makan. Tidak lama kemudian, deringan itu terhenti.
Yes! Wah, pertama kali dia abaikan bunyi handset. Pertama kali juga dia ketepikan kerjanya. Aku perlu berusaha lagi. Tapi tak sampai seminit, handsenya berdering lagi.
Ah, tensionnya! Kalau boleh bertukar jadi The Hulk memang aku dah bertukar dah. Siapalah yang sibuk sangat nak mencari suami aku ni? Walaupun dia CEO tapi dia juga manusia, ada isteri, bagilah dia rehat di rumah hari ini!
“Tolong jawabkan,” arahnya tiba-tiba.
“Hah?” terperanjat aku dibuatnya.
Betul ke apa yang aku dengar? Dia suruh tolong jawab panggilan untuknya? Gila apa. Selalunya kalau dia jawab panggilan dia mesti speaking punya. Buatnya kalau orang tu speaking english apa aku nak balas? Sudahlah english aku pun berterabur.
“Apa tunggu lagi?” dia mengarah lagi.
Aku pun tiada pilihan lain. Bergegas jugalah berlari dapatkan handsetnya. Aku lihat nama Linda tertera di skrin handsetnya. Perempuan ni lagi! Terus tiada mood nak menjawab panggilan itu tapi disebabkan ini arahan suami, terpaksa jugalah menjawab.
“Syazwan, thank God you jawab panggilan ni. I ingat you takut bini,” suara Linda yang menyakitkan kedengaran.
Belum apa-apa lagi sudah bagi aku sakit hati. Apa dia kata tadi? Itu mesti nak mengata aku. Wahai perempuan mabuk kerja, lain kali kalau mabuk sangat kerja pun, bagi salam dulu sebelum mulakan mukadimah. Kan dah kantoi! Kalau diikutkan hati memang nak saja aku balas dengan kata-kata tajam supaya dia sedar sikit dan kawal sikit mulut dia tapi aku malas nak panjangkan cerita.
“Hah, kenapa senyap?” suara itu menegur lagi. Nadanya seperti marah.
“Err... sekejap ya Cik Linda, suami saya tengah makan,” aku menjawab dengan tenang.
“Laa... kau ke? Apa hal kau pandai-pandai jawab panggilan orang ni? Cepat panggil Syazwan!” tengkingnya.
Sungguh tiada adab perempuan ini. Kalau aku ni jenis suka cari gaduh memang dah lama aku serang dia. Salah ke aku sebagai isteri jawab panggilan untuk suami? Lagipun aku buat begini atas arahan suami sendiri. Dan dia pula, apa hal pula telefon suami orang waktu cuti begini? Sudahlah tak beri salam lepas tu marah-marah orang pula. Hisy, nak saja aku sula perempuan ni.
Aku segera berikan telefon bimbit itu kepada suamiku. Dia pula, lepas tahu Linda telefon terus basuh tangan dan jawab telefon jauh-jauh. Ini seorang lagi sengaja nak sakitkan hati aku. Apa salahnya kalau jawab telefon depan aku. Aku bukannya pengintip yang nak rebut perniagaan dia orang. Terus tiada mood hendak makan lagi dah.
Tidak lama kemudian dia kembali ke meja makan dan sambung makan. Aik? Macam tu saja? Tadi macam urgent sangat sampai perempuan tu marah-marah suruh pass telefon. Sekarang macam tak ada apa-apa pula.
“Esok, aku kena pergi outstation ke Langkawi. 2 minggu,” katanya pendek dan jelas.
Aku terkejut. Outstation? Langkawi? Dua minggu? Esok?
Ah, tensionnya!


Tip no. #4
Si dia outstation? Cari idea macam mana nak ikut dia pergi outstation.

Ini tips yang paling gila sekali. Mana ada suami bawa isteri pergi outstation. Ingat ini honeymoon apa? Tapi nak ikut jugak. Kalau buat joget dangdut agak-agak dia termakan umpan tak?
Ah, Dayah, sila berfikir dengan logik sikit. Dia tu bukan kaki dangdut. Kalau kau buat joget dangdut silap-silap dia hantar kau pergi Indonesia pulak!
Ah, aku buntu. Mustahil punya aku dapat pujuk dia supaya bawa aku sekali. Walaupun dia tu CEO dan boleh buat keputusan secara mengejut (ini pengalaman aku baca novel la ni) tapi bawa isteri pergi outstation mustahil sangat.
“Kau kenapa?” tegur dia tiba-tiba.
“Tak. Tak ada apa-apa,” Jawabku acuh tak acuh. Padahal ada apa-apa. Kalaulah dia tahu otak aku tengah berfikir cara bagaimana nak cari jalan supaya aku boleh ikut dia pergi oustation, satu hal lagi mana nak sorok muka.
“Dua minggu aku tak ada, jangan nak nakal-nakal,” dia siap beri amaran awal-awal.
Nakal? Aku pernah tunjuk perangai nakal ke? Dia ni, aku isterinya, bukan budak-budak lagi. Hisy, sepatutnya aku yang cakap dekat dia begitu. Jangan nakal-nakal dengan perempuan-bernama-Linda tu. Sudahlah perempuan tu memang ada hati dengan dia. Ah, tensionnya!
“Betul ke awak nak pergi selama dua minggu?” aku menyoal.
Dua minggu tu lama tau. Dia ni takkan langsung tak ada perasaan takut nak tinggalkan aku seorang diri di dalam rumah besar ni.
“Kenapa?” soalnya pula.
Kenapa? Dia boleh tanya kenapa dengan senang hati. Hai, bersabarlah wahai hati.
“Tak adalah. Takut saya bosan saja nanti,” jawabku perlahan-lahan.
Aku yakin dia dengar. Malangnya dia tak berikan sebarang reaksi. Matanya tak berkelip memandang tab miliknya. Aku rasa macam nak baling saja tab tu. Aku tengah susah hati ni, boleh pulak dia buat macam tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Tiga bulan lalu, ketika mula-mula berkahwin dengannya, aku ditinggalkan hampir seminggu. Baru beberapa hari, aku kena demam teruk. Penyakit rindu kata Wani. Walaupun aku cuba nafikan tapi hakikatnya separuh hati aku memang kata aku rindukan dia waktu itu. Kini, dia hendak outstation selama dua minggu. Walaupun masih dalam Malaysia tapi jauh juga tu.
Mampu ke aku bertahan? Selama dua minggu aku akan makan seorang diri, tidur seorang diri, bercakap seorang diri, main seorang diri dan semuanya seorang diri. Dia pula tentu takkan telefon aku. Maklumlah orang mabuk kerja.
Aku memandang teddy bear yang menjadi kawanku sejak kebelakangan ini. Nampaknya, tinggal aku dengan Lee Min Ho sajalah dalam rumah ni. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu.
“Eh, betullah. Memandangkan awak nak pergi outstation, bolehlah saya tidur dengan Lee Min Ho!” kataku sambil memeluk teddy bear yang telah diberi nama itu.
“Lee Min Ho? Siapa tu?” tanyanya. Eh, dengar pulak. Ingatkan langsung tak ambil peduli pasal aku.
“Ni. Namanya Lee Min Ho!” aku tunjukkan bear itu.
“Kenapa letak nama pelik macam tu?” soalnya lagi.
“Sebab Lee Min Ho yang sebenar sangat handsome dan cute macam bear ni,” kataku selamba. Mestilah dia tak tahu pasal Lee Min Ho sebab dia asyik kerja saja. Mana layan cerita Korea macam aku ni.
“Handsome? Cute?”
Dia pandang aku semacam. Tapi sekejap sajalah. Kemudian, dia kembali memandang tabnya. Huh, dia tu memang tak ada perasaan langsung. Tensionnya!
“Ni kau kata handsome dan cute?” soalnya sambil menunjuk tabnya yang penuh dengan gambar Lee Min Ho.
Terperanjat aku dibuatnya. Terbeliak mata aku memandang tabnya. Dia google siapa Lee Min Ho? Wahhh... tak terkata aku dibuatnya.
“Macam plastik je,” sindirnya.
“Jangan hina dia ye. Dia jejaka pujaan saya. Tak kisahlah dia plastik ke, kotak ke, tin ke, asalkan lakonan dia memang mantap! Ah, rindu nak tengok lakonan dia. Nanti, kalau awak pergi outstation, bolehlah marathon semua cerita-cerita dia,” ujarku penuh bahagia.
“Perlu ke buat macam tu?” soalnya macam tak puas hati.
“Apa? Buat apa?” aku keliru sekejap.
Dia tak jawab soalan aku tadi tapi sebaliknya mengambil handsetnya dan menghubungi seseorang.
“Laila, tempah satu tiket lagi untuk isteri saya,” katanya.
Aku terkejut. Apa? Tiket? Jadi... ini bermakna...
“Pergi kemas baju kau sekarang,” arahnya setelah menamatkan perbualan tadi.
“Awak betul-betul nak bawa saya pergi outstation?” soalku inginkan kepastian. Aku yakin ini bukan mimpi tapi pelik juga kenapa dia tiba-tiba nak bawa aku pergi.
Dia mengangguk. Sah, dia memang dah buat keputusan nak bawa aku sekali.
“Awak, awak nak pergi outstation tau bukan honeymoon,” aku cuba ingatkan dia.
“Kalau honeymoon sekali pun apa salahnya.”
Aku mengetap bibir. Terus hilang idea nak kata apa lagi dah. Wah, dia ni boleh tahan juga ya. Diam-diam berisi.
“Cepat berkemas,” arahnya.
“Baik bos!” aku pantas menabik hormat. Mana boleh tolak tawaran ni. Inilah peluang. Seronoknya, aku tak buat pun apa-apa tapi dia sendiri yang ofer pergi outstation bersama dia. Yahoo!
“Jom, Lee Min Ho, kita akan pergi ke Langkawi!”
“Tak de. Lee Min Ho tinggal!” tegasnya.
Aku terdiam. Perlahan-lahan aku ukirkan senyuman. Ooo... begitulah al-kisahnya. Ada orang cemburu. Yang kelakarnya dia cemburu dengan bear comel ini. Tak kisahlah, apa pun, misi ke-4 berjaya!


Comments

  1. Waaa...misi berjaya...cayalah dayah...nnt kt Langkawi goda Syazwan abis2... hahaha

    ReplyDelete
  2. Auwww jelez dgn teddy...so cute

    ReplyDelete
  3. Jeles dgn teddy bear o lee min ho?
    Hahaha.lawak la..
    Sambunggg.hehe

    ReplyDelete
  4. Ok sgt2 menjadi tip kamu dayah daebak punya idea.. selamat bercuti

    ReplyDelete
  5. Happy honeymoon Dayah...

    ReplyDelete
  6. Misi berjaya. Cayalah!

    ReplyDelete
  7. cayalh dayah, pepehal, saya sokong dayah...
    suami tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.

Suamiku Workaholic [Bab 14]

Tips no. #6 Dia bekerja semasa honeymoon? Ganggu dia dengan gambar-gambar percutian menarik. Klik. Gambar selfie pertama bersama burung helang gergasi. Aku buka WhatsApp dan terus send padanya. Ini misi yang paling menakutkan. Kalau tersilap langkah memang teruk aku kena marah dengan suami Workaholic itu tapi demi masa depan dan kebahagiaan kami misi mesti diteruskan! Walau apa pun yang terjadi aku reda. Balik ni kalau kena marah, aku reda. Aku tunggu seketika. Tak ada respond. Mmm… mungkin dia tengah serius sangat bekerja. Okey, tak mengapa. Lambat-laun dia akan tengok mesej itu juga. Hari ni, aku akan hantar gambar banyak-banyak kepadanya. Manalah tahu dia tergoda tengok percutian aku dan sanggup tinggalkan kerja-kerjanya seketika… Oh, sweetnya! “ Hah, apa yang tersenyum seorang diri tu?” sapaan Wani yang tiba-tiba itu mengejutkan aku. Mujur tidak terpelanting handset aku.