Skip to main content

Posts

AKAN DATANG BERSAMA CINTA [PROLOG]

“Esok, pergi buat passport,” kata ayah tiba-tiba. Aku berhenti mengunyah keropok. Mujur juga tak menelannya. Jika tidak, sudah tentu akan tersekat di tekak. Silap hari bulan, boleh jadi arwah. Aku pandang ayah yang masih tenang melayan komputer di hadapannya.  “Nak buat apa?” Aku hairan. Apa hal pula ayah tiba-tiba suruh aku buat passport? 
Recent posts

LELAKI PALING BAHAYA [PART 8]

Ayuni mengeluh panjang. Sampai sekarang dia masih lagi tak faham kenapa semua ini berlaku padanya. Sebelum ini hidupnya sungguh normal. Tak banyak perkara yang mengganggu emosinya berlaku setakat ini. Paling kurang pun hanya putus tunang. Itu pun dia tak rasa menyesal. Itu saja. Belum pernah lagi perkara pelik dan amat memalukan berlaku kepadanya. Sehinggalah dia meminati Irfan dari jauh. Macam-macam perkara berlaku. Yang peliknya, kehadiran Irfan bukan setakat dalam angan-angan tapi makin lama makin dekat dengannya. Siapa sangka, Irfan akan jadi jirannya. Siapa sangka, dia mampu demam hanya kerana senyuman Irfan. Siapa sangka, Irfan sudi menghantarnya ke hospital. Siapa sangka lagi, Irfan membayar bil perubatannya.

LELAKI PALING BAHAYA : PART 6

“Ada ke patut dia kata adik macam lelaki. Mata dia ada masalah kut. Kena pakai kanta pembesar rasanya. Adik pergi kerja hari-hari pakai skirt labuh tau. Ada ke lelaki pergi kerja pakai skirt? Mata dia letak mana agaknya sampai cakap adik ni lelaki...” kata Ayuni meluahkan perasaan marah kepada abangnya di dalam telefon. Abangnya telefon tepat pada masanya. Dapatlah dia meluahkan rasa geram di hati kepada abangnya. Nak tak nak abangnya terpaksa juga melayan. “Alasan je tu. Orang lelaki ni bila dah tak suka lagi, macam-macam alasan diberi.”

LELAKI PALING BAHAYA [PART 5]

“TAK adil betul!” kata Hayati tak puas hati.  “Memang tak adil pun. Kita yang penat bertahun-tahun kerja di department ni, tiba-tiba orang yang baru masuk dapat naik pangkat. Pelik bin ajaib betul,” tambah Suzana.  “Tak ada yang peliklah. Orang zaman sekarang ni, asalkan pandai kipas orang atasan gerenti cepat naik punya. Betul tak Ayuni?” balas Junaidah. 

LELAKI PALING BAHAYA [PART 4]

SEDANG dia sibuk memilih pakaian yang hendak dibeli, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Seperti yang dijangka, pasti abangnya akan telefon. Baru saja semalam dia diberi kekuatan memberitahu abangnya tentang hubungannya dengan Rasydan sudah putus. Mereka berbincang sekejap memandangkan abangnya sibuk di surau ketika itu, jadi perbualan itu di sambung ke hari ini.  “Betul ni putus?” tanya Afiq kepada adiknya. .  “Betul. Putus. Tak ada apa-apa lagi. Menyampah dah,” jawab Ayuni. 

LELAKI PALING BAHAYA [PART 3]

“SAYA ada hal.” Itu jawapan Rasydan yang didengar di hujung telinganya. Jawapan yang sudah diagak.  “Hal apa? Penting sangat ke?” tanya Ayuni tak puas hati. Itu macam sengaja bagi alasan untuk mengelak. Dia sudah hafal sangat perangai Rasydan.  “Meeting,” jawab Rasydan pendek.