Skip to main content

PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS



PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS 



****

SINOPSIS

Benarkah semua novelis cinta boleh selesaikan semua jenis masalah cinta?

Ini kisah Lisa. Seorang penulis novel cinta yang dilantik menjadi PA kepada big boss idaman Malaya, Zul Zafri, untuk menjalankan satu misi penuh mustahil.

“Bos, saya cuma seorang penulis novel cinta dan bukannya Tuhan yang boleh rancang takdir seseorang!”
“Saya tak suruh awak jadi Tuhan. Saya suruh awak jadi seseorang yang boleh selesaikan masalah saya.”

Sejak itu, kehidupan Lisa bertambah kacau-bilau. Kena jadi PA, kena jadi penulis dan kena cipta plot untuk big boss pula! Tambah menyulitkan keadaan apabila Nazurah, teman wanita big boss itu lebih mementingkan kerjaya dan perniagaan, menyukarkan misinya. Itu belum masuk kena buli dengan big boss.

Namun, satu kejadian telah mengubah segalanya...

“Kalau awak kahwin dengan saya, hari-hari awak boleh makan stik.”
Stik? Hari-hari? Oh my... Peluang ke perangkap ni???

Apakah yang telah berlaku sehingga cinta big boss beralih kepada Lisa? Adakah Lisa akan menerima lamaran big boss? Bagaimana pula dengan Nazurah? Adakah cinta fairy tale itu benar-benar wujud? Atau hanya dalam novel sahaja? Lisa dan big boss ada jawapannya...


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 10]

Hampir tiga bulan aku bergelar seorang isteri. Pantas sungguh masa berlalu. Selama tiga bulan ini, tak banyak perkara yang berlaku antara kami berdua. Dia tetap dengan perangai mabuk kerjanya. Pagi petang siang malam dia asyik bekerja. Kadangkala hari Sabtu dan Ahad pun dia bekerja. Aku yang duduk di rumah dilanda kesunyian. Jadi suri rumah sepenuh masa memang membosankan hidup aku. Kerja rumah tu tetap ada seperti membasuh, memasak dan mengemas tapi aku tetap bosan. Yelah, aku tak ada kawan untuk bergurau senda. Kalau bekerja dulu, walaupun gaji sikit tapi dapatlah aku bersosial sikit dengan kawan-kawan ofis. Kini, tiada lagi.