Skip to main content

Suamiku Workaholic [Bab 15]

Aku menelan air liur. Hanya mampu melihat dia meletak sebahagian daripada makanannya ke dalam pingganku. Apa ni? Takkan dia suruh aku makan sebanyak ini? Dia perli aku ke? Aku tahulah yang aku ni pelahap orangnya tapi perut aku pun akan kata big NO kalau tengok makanan sebanyak ini.
Makan banyak sikit,” ujarnya.

Aku hanya tersenyum. Okey, memandangkan ini kali pertama kami makan malam bersama sejak hampir seminggu lebih berada di Langkawi ini, jadi aku sengaja bagi muka. Bukan senang aku nak makan berdua-duaa dengan dia. Kali ini, dia memilih restoran yang bagus sikit. Bukan seperti tempoh hari, makan di kedai mamak.
Harap-harap tak adalah orang ganggu.
Hai Syazwan,” tiba-tiba suara perempuan itu datang menyapa.
Arghh! Aku baru saja sebut, dia dah muncul. Tension betul. Aku terus berpaling. Aik? Memang itu suara Linda tapi situasi ini agak pelik sedikit. Mata aku tidak berkelip pandang tangan Linda sedang memaut lengan seorang lelaki. Itu Encik Wafi!
Sudah. Apa pula kali ini?
So, apa yang aku dengar tu betullah? Wafi juga turun Langkawi?” kata suamiku yang turut mempersilakan mereka makan bersama. Aduhai, ini juga satu hal. Boleh pula dia pelawa kawan-kawannya duduk makan bersama. Bukan senang tau nak cari peluang kami makan bersama.
Well, memandangkan you sentiasa sibuk habiskan masa dengan isteri you, jadi I pun call Wafi datang sini. Jadi, tak adalah I rasa sunyi,” jawab Linda.
Ah, ini yang aku malas nak dengar. Sikit-sikit sebut pasa aku. Sikit-sikit nak salahkan aku. Syazwan tu suami aku dan memang patut pun dia habiskan masanya bersama aku. Jadi, apa masalahnya? Yang dia tak puas hati sangat tu kenapa? Lagipun bukan selalu kami dapat habiskan masa bersama. Tiap kali nak berdua-duaan, mesti dia datang kacau.
Kau kata kau nak pergi bercuti dengan... siapa kali ni? Suzana?” soal suamiku. Aku hanya mendengar. Aku dapat tahu daripada Wani serba sedikit tentang Encik Wafi. Menurut Wani, Wafi seorang playboy terhormat. Aku masih belum faham lagi kenapa dia dipanggil 'terhormat'.
Jangan tengok aku macam tu. Dia dapat tahu aku ada apply cuti dan aku dipaksa datang ke sini,” jawab Wafi.
Jadi, kau sanggup tinggalkan Suzana dan datang ke sini?” soal suamiku lagi.
Well, demi kawan secantik Linda aku sanggup buat apa saja,” jawab Wafi.
Aik? Macam sukar nak percaya. Kali terakhir aku tengok Wafi, bukan main bercakar lagi dia dengan Linda. Ada saja yang dibalah mereka tetapi hari ini aku tengok Wafi versi lain. Versi dia mengambil berat terhadap Linda.
Kau pasti kau tak tersalah ambil ubat hari ni?”suami aku bertanya lagi. Agaknya dia pun perasan apa yang tidak kena dengan Wafi hari ini. Dia kenal Wafi lebih daripada yang aku kenal pastilah dia boleh dapat agak apa yagn tidak kena.
Aku pun harap aku tersalah ambil ubat,” jawab Wafi.
Wah, pelik! Ini memang pelik. Walaupun Wafi seorang playboy tapi aku tak fikir dia akan berfoya-foya dengan Linda. Macam ada yang tak kena je. Aku tengok Linda asyik tersenyum-senyum daripada tadi. Macam ada sesuatu yang sedang dirancangnya. Bukan ke Wani sudah kata sebelum ini, Linda sanggup buat apa saja untuk dapatkan suami aku. Jadi, Linda sedang berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak!
Sah! Aku takkan terpedaya dengan tindak tanduknya. Aku kena berhati-hati mulai hari ini. Aku syak, mesti dia sengaja suruh Wafi datang ke Langkawi dan kemudian mereka umumkan hubungan mereka. Dia sengaja upah Wafi sebab nak tarik perhatian suami aku.
Ini tak boleh jadi, aku dapat rasa memang ini adalah salah satu langkah Linda. Cuma aku tak dapat teka apa yang cuba dilakukannya. Aku kena bersiap sedia mulai sekarang. Macam-macam boleh terjadi.
Korang berdua... ada apa-apa ke?” soalku memberanikan diri membuka mulut.
Kami nampak macam ada apa-apa ke?” soal Linda.
Wah, dia betul-betul main psikologi. Ini menunjukkan dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Aku kena berhati-hati. Sebarang langkah tanpa berfikir memang pasti akan bawa bencana. Okey, Dayah berlagak bodoh-bodoh sikit! Mari kita tengok siapa yang masuk perangkap.
Saya tengok awak berdua memang se...” belum sempat aku habiskan ayat, tiba-tiba suamiku menyumbat sesuatu dalam mulutku. Kiwi? Dia sumbat buah Kiwi? Tapi, bukan ke dia suka makan buah kiwi?
Kenapa? Dia cemburu ke?
Jangan cakap lagi, jom makan sekarang,” katanya. Walaupun kecewa dengan arahannya itu tapi aku tak boleh berbuat apa-apa. Aku terus makan sementara mereka bertiga terus berbual sambil menikmati makanan.
Perbualan mereka banyak berkisarkan tentang makanan yang dimakan mereka. Kemudian, timbullah cerita zaman mereka belajar di London dulu. Aku di sebelah hanya mendengar. Jadi, tunggul kayu.
Oh ya, tentang setiausaha yang kau suruh aku carikan tempoh hari...” dengar saja Wafi sebut pasal setiausaha, aku terus pasang telinga. Jadi, betullah suami aku baru pecat setiausaha dia pasal kes campak aku di kelas ekonomi.
Wafi, malam ni aku tak nak bincang pasal hal kerja,” suami aku memotong kata-kata Wafi daripada diteruskan. Aku yang baru saja nak pasang telinga, kecewa mendengarnya.
Oh... okey.”
Kali ini aku perasan Wafi memandang aku. Kenapa? Bukan ke selalu mereka bersembang hal pejabat di depan aku. Kenapa hari ini mereka takut pula? Takut aku dengar. Walaupun aku ada diploma Business Management tapi itu tak bermakna aku ada potensi untuk buat syarikat mereka bankrap!
Arggh... Dayah fikir positif. Positif! Mungkin ada sebab kenapa suami kau tak nak berbincang hal itu. Agaknya dia memang nak lari daripada soal kerja sekejap. Atau... dia memang tak nak aku tahu tentang hal dia pecat setiausahanya itu. Maklumlah dia tukan ego tinggi. Malangnya, aku sudah tahu tentang berita itu.
Aku menjeling memandangnya sambil mengukir senyuman. Aku tahu sangat, dia mesti tak nak bincang hal setiausaha dia tu sebab aku ada di sebelah. Mengaku sajalah.
Kenapa?” soalnya yang perasan aku tersengih-sengih sendirian.
Aku terus tersenyum. Kali ini aku perasan mukanya nampak lain. Macam cuba menyembunyikan sesuatu yang terselindung di hatinya. Oh, aku suka dengan muka dia sekarang. Comel.
Pandang depan dan makan,” arahnya seraya menolak kepala aku supaya memandang tepat ke arah pinggan aku.
Dalam masa yang sama aku perasan Linda memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Kan! Aku dah kata dah. Ini bermakna dia memang berpura-pura saja tadi. Dia takkan berhenti selagi dia tak dapat apa yang dia mahu. Walau apa pun yang dia cuba lakukan, aku tidak akan terpedaya.
Eh, mana...?” tiba-tiba aku perasan suami aku tiada di sebelah. Bukan saja suami aku tapi tempat Linda juga kosong. Yang tinggal hanya Wafi di situ.
Rest room,” jawab Wafi.
Aku menggaru kepala. Entah bila masa mereka berdua hilang aku pun tak perasan. Agaknya aku menggelamun kot tadi. Lama ke aku mengelamun? Eh, nanti jap, dia orang pergi bersama? Macam ada sesuatu yang tidak kena saja. Ini tak boleh jadi! Aku nak pergi tengok.
Dah berapa lama kenal Syazwan?” tanya Wafi tiba-tiba, terus aku tidak jadi bangun.
Lama dah tapi tak beberapa rapat sangat,” jawabku.
I dengar yang Syazwan tu bukan pengantin lelaki yang sebenar, betul ke?” soalnya. Aku sendiri terkejut dengan soalan dia.
Mana dia tahu? Syazwan ada beritahu ke? Mestilah Syazwan beritahu sebab dia kawan Syazwan. Tapi perlu ke tanya soalan tu? Apa motif dia? Takkan dia syak aku perempuan terdesak. So, sekarang, nak jawab apa ni? Nak beritahu hal sebenar pasal pengantin lelaki aku lari? Lepas tu pasti dia akan bertanya dengan lebih lanjut tentang hal sebenar. Aku perlu cari alasan!
Eh, nanti sekejap! Macam ada sesuatu yang tak kena. Macam mana kalau dia sengaja tanya soalan itu sebab dia nak tarik perhatian aku. Aku memandang dua kerusi kosong di sebelah dan hadapan aku. Sah! Ada sesuatu yang tidak kena.
Maaf, saya nak pergi ke tandas,” ujarku.
Wafi memanggil aku seakan cuba menghalang aku tapi aku tak peduli. Aku terus atur langkah menuju ke rest room berdasarkan papan tanda yang ditunjukkan. Tiba di persimpangan lorong hendak masuk ke rest room, langkahku terhenti.
Ya Allah.
Aku tergamam. Tak percaya dengan apa yang aku lihat. Serentak itu, jantungku berdegup kencang. Sukar untuk aku percaya. Mustahil. Mungkin aku terlampau banyak berfikir, jadi tak hairanlah aku terbayangkan situasi begini. Tolonglah beritahu semua ini tak benar. Tolonglah bangunkan aku daripada mimpi ngeri ini. Aku tak sanggup tengok mereka berpelukan lagi!
Dayah...”
Bila dia nampak aku, barulah masing-masing meleraikan pelukan. Aku masih lagi terkejut. Aku tak tahu apa yang perlu dibuat. Situasi begini sungguh aku tidak jangka akan berlaku di hadapan mata aku. Aku kecewa. Teramat sangat tapi aku tak segera tunjukkannya.
Dayah, sila berfikiran dengan waras. Kau boleh hadapi semua ini! Ingat, makhluk perosak bernama Linda itu tidak boleh menang. Kalau kau marah, maknanya kau kalah!
Awal-awal lagi hatiku sudah bagi amaran. Ya. Aku boleh hadapi semua ini dengan tenang. Linda seakan buat seperti tidak bersalah. Aku boleh baca dari air mukanya. Dia fikir dia dah berjaya sakitkan hati aku. Okey, memang hati aku sakit. Dia memang berjaya tapi aku takkan menyerah kalah dengan begitu saja.
Dayah...” Syazwan menghampiri aku. Tiba-tiba aku rasa seperti kehabisan tenaga. Dengan Linda aku masih boleh lagi tahan tapi dengannya, aku lemah. Namun, aku tetap menguatkan semangat.
Nak balik,” suaraku bergetar.
Dia mengangguk, capai tanganku dan kami pun bergerak pergi.


Di dalam kereta, ketika dalam perjalanan balik ke hotel, aku diam seribu bahasa. Aku sengaja memilih untuk mendiamkan diri. Ia lebih baik daripada bersuara dan dapat jawapan yang menyakitkan hati. Lagipun kepala aku berserabut sekarang. Setiap saat aku pasti akan terbayangkan kejadian tadi. Lagi aku cuba buang memori itu jauh-jauh, bermacam-macam andaian yang aku fikirkan.
Kau dah salah faham,” akhirnya dia bersuara.
Okey, aku dah salah faham. Sudah tentunya aku salah faham sebab aku hanya nampak mereka berpelukan. Aku tak tahu apa yang berlaku sebelum itu. Mungkin sebelum itu mereka hampir disedut oleh lubang hitam atau mungkin ada gempa bumi berlaku di tempat itu. Siapa tahukan...
Linda cuma...” kata-katanya terhenti di situ. Aku bertambah suspen. Boleh pula dia tergagap nak beritahu. “Linda ada masalah. Aku cuma nak tenangkan dia,” katanya dalam sekali nafas.
Okey. Normallah kalau orang ada masalah. Mestilah nak cari tempat nak meluahkan perasaan. Sekarang, aku ada masalah. Masalah aku kecil saja. Macam mana aku nak percayakan suami aku? So, dia nak dengar tak masalah aku ni? Adakah dia akan peluk aku macam dia peluk Linda tadi?
Say something…”
Nak cakap apa lagi? Bukan ke dia dah beritahu alasannya tadi. Aku tak nak panjangkan lagi hal itu. Cukuplah dengan penjelasan dia tadi. Aku tahu itu bukan penjelasan jujur tapi dia sendiri ada otak, dia tahu menggunakan otaknya. Kalau dia harap dia dapat tipu aku dengan alasan sebegitu, teruskan berbohong.
Dayah…”
Saya percayakan awak,” jawabku.
Ini bukan jawapan reda dengan apa yang berlaku. Ini jawapan yang bermain dengan psikologi seseorang. Kalau dia ikhlas berkahwin dengan aku bukan kerana dipaksa, dia akan rasa bersalah dengan jawapan aku ini. Begitulah sebaliknya.
Habis tu kenapa senyap?” tanyanya.
Aik? Bukan ke antara kita berdua memang selalu senyap begini? Kalau aku tak mulakan perbualan, pasti bunyi cengkerek yang aku dengar. Lagipun dia patut tahu, walaupun aku selalu bergurau senda dengan dia, itu hanya semasa mood aku tengah baik. Sekarang ni, selepas apa yang berlaku, dia boleh agak kenapa mood aku tak baik. Atau dia betul-betul tak ada perasaan?
Tak ada apa. Penat,” soalan dia tadi masih aku balas. Aku masih bagi muka sikit. Kalau isteri orang lain memang dah lari satu benua kerana merajuk. Dia masih bernasib baik sebab dapat isteri yang tak tahu melarikan diri.
Arghh… aku nak balik rumah!


Hari ini tak seperti hari-hari sebelumnya. Awal-awal pagi lagi Syazwan sudah keluar bekerja dan tinggalkan aku seperti biasa. Sejak malam semalam, memang kami tak banyak berbual. Lagi menyakitkan hati, boleh pula dia duduk menghadap kerja-kerjanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Disebabkan itu, aku tak boleh tidur malam tadi. Hanya berpura-pura tutup mata. Bila tak boleh tidur, macam-macam yang aku fikir. Semuanya perkara negatif sehinggakan aku terfikir akan nasib aku sebagai isterinya kelak. Mampu ke ruang tangga kami berkekalan kalau dia teruskan dengan sikap acuh tak acuh begini?
Kalau aku seorang saja yang ingin menyelamatkan perkahwinan kami tidak berguna juga. Tiba-tiba aku rasa penat dari segi mental dan fizikal. Aku dah tak mampu nak teruskan misi mencairkan hatinya. Tapi kalau aku putus asa sekarang, sia-sia saja perjuangan aku selama ini. Aku tak kisah kalau dia mabuk kerja tapi aku kisah kalau dia mabuk perempuan. Lebih-lebih lagi Linda.
Aku sedar yang aku tak sehebat dan secantik Linda. Tapi aku percaya, kekurangan aku bukan satu penghalang untuk memikat hatinya. Cuma aku takut hatinya terjatuh dalam perangkap Linda. Dan yang paling aku takut, perkahwinan kami akan berakhir di tengah jalan.
Ding dong!
Sedang aku melayani perasaan, tiba-tiba loceng bilik hotel aku berbunyi. Entah siapa pula yang datang mengganggu. Wani? Mustahil. Seingat aku, semalam dia ada beritahu aku yang rancangan hari ini dibatalkan. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia nak berehat.
Tanpa berlengah lagi, aku segera buka pintu. Terkejut aku apabila melihat Wani berdiri di hadapan pintu. Sah, aku dah dapat agak. Tak perlu teka lagi. Wani mesti datang atas arahan suami aku. Mereka adik beradik memang rapat.
Hai Kak Dayah,” sapa Wani ceria seperti selalu.
Aku membalas dengan senyuman kelat.
Kak Dayah buat apa?” tanya Wani yang sudah pun masuk ke dalam. Aku tak payah pelawa, dia tentu akan masuk.
Saja. Rehat-rehat. Wani kata hari ni kita tak jadi pergi jalan-jalankan?” aku cuba ingatkan dia sekali lagi.
Err… sebenarnya Wani bosan. Ilham tiba-tiba kena kerja, jadi Wani datang sini,” jawabnya teragak-agak. Jawapannya macam aku boleh hidu. Macam jawapan skema pun ada.
Abang mana?” soalnya.
Biasa. Kerja,” jawabku tenang. Buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku walaupun aku pasti, Wani tahu apa yang berlaku semalam.
Ohh… patutlah. So… jom kita keluar!” ajaknya.
Maaflah Wani. Akak rasa nak duduk rehat dalam bilik sajalah hari ni,” aku beri alasan. Serius, aku tak ada mood nak pergi jalan-jalan sekarang.
Kenapa? Kak Dayah tak sihat ke?”
Bukan tak sihat tapi malas je,” aku bagi alasan.
Tapi Wani tengok Kak Dayah macam tak bersemangat saja hari ni. Kenapa? Abang ada buli Kak Dayah ke?” soalnya lagi.
Aku geleng sambil cuba mengukir senyuman. Aku tahu senyuman aku habar tapi ini saja yang aku mampu buat sekarang ini. Aku betul-betul tiada mood. Hari ini aku nak tenangkan fikiran.
Janganlah macam ni. Bersemangatlah sikit,” pujuk Wani.
Tiba-tiba aku rasa sebak. Aku cuba menahannya tapi Wani terlebih dahulu perasan. Dia terus peluk aku. Dengan cepat saja air mata aku mengalir deras. Pertama kali aku menangis dengan sekuat hati.


Akhirnya aku mengalah dan keluar juga dari bilik hotel. Bukannya sebab Wani pandai memujuk tapi sebab aku fikir duduk dalam bilik akan bertambah buat otak aku berserabut. Semakin tension jadinya. Bagaimanapun Wani membawa aku ke tempat membeli-belah walaupun aku ingin menghabiskan masa di pantai. Menurut Wani, shopping lebih berkesan berbanding termenung di tepi pantai.
Sudahlah. Wani pasti abang tak ada apa-apa dengan Linda. Bukan ke Wani dah kata awal-awal lagi, Linda tu memang tengah tunggu peluang saja. Sekarang ni mesti dia tengah bergembira.”
Itu akak tahu tapi akak nampak dorang berpelukan. Lepas tu, abang pula macam tak kisah saja. Macam mana kalau abang betul-betul ada perasaan terhadap Linda?”
Tak. Wani yakin abang tak ada apa-apa perasaan terhadap Linda. Abang cuma anggap Linda tu macam adik dia. Macam mana dia jaga Wani, macam tulah dia jaga Linda,” Wani sekeras-kerasnya cuba menyakinkan aku.
Kalau Linda betul-betul adiknya memang aku tak kisah tapi masalahnya Linda tu ada potensi untuk jadi kekasih dia atau lebih teruk, jadi isteri keduanya. Itu yang aku takut. Aku pula langsung tak tahu penjelasan sebenarnya.
Akak tak kisah kalau Linda tu sukakan abang tapi akak takut abang memang hati pada Linda. Tapi masalahnya sekarang, abang tak cuba terangkan hal sebenar kepada akak. Macam manalah akak nak percayakannya...”
Kak Dayah tahu tak kenapa semalam Wani kata hari ni Wani tak dapat temankan akak?” tanya Wani.
Aku hanya geleng. Manalah aku tahu.
Sebab abang minta Wani buat begitu. Abang nak luangkan masa dengan Kak Dayah tapi tak sangka pula hal ni terjadi. Wani boleh dapat agak. Ini mesti Linda punya kerja. Kalau diikutkan kerja abang dah habis dan dia boleh je bawa Kak Dayah balik KL tapi dia sengaja tak nak balik lagi. Abang nak habiskan masa dengan Kak Dayah. Cuma, Linda ni lagi cepat bertindak,” terang Wani.
Habis tu... kalau kerja abang dah habis, kenapa awal-awal pagi lagi abang pergi kerja?” soalku.
Linda... Dia buat hal lagi. Tahu tak yang Linda tu sengaja timbulkan masalah di tempat kerja sebab nak pastikan abang ada bersamanya 24 jam seminggu? Mula-mula Ilham beritahu Wani tak percaya tapi bila kerap berlaku begini, barulah Wani percaya.”
Kalau macam tu kenapa tak pecat saja Linda tu?” soalku tak puas hati.
Sebab company ni sebenarnya kepunyaan keluarga Linda.”
Aku terkejut berserta tidak percaya. Kalau syarikat ini milik Linda tapi kenapa suami aku pula jadi bos?
Tapi kenapa pula abang jadi CEO?”
Sebab tanggungjawab. Pada awalnya abang memang ada syarikat sendiri. Syarikat kecil saja tapi selepas bapa Linda meninggal dunia, Linda datang jumpa abang dan minta bantuan abang untuk selamatkan syarikat dia. Masa tu syarikat ni hampir bankrap tapi abang berjaya selamatkan. Oleh sebab itu, abang diangkat jadi CEO. Sebelum ni abang ada juga berhasrat nak melepaskan jawatan dia tu tapi macam-macam Linda buat supaya abang tak tinggalkan syarikat dia. Ada sekali tu, dia cuba bunuh diri,” terang Wani.
Hah?” aku seakan tidak percaya. Tak sangka, sampai begitu sekali Linda tindakan Linda semata-mata dia mahu suami aku berada di sisinya.
Dia tu psiko ke?”
Dia lebih daripada psiko. Gila dia jangan main-main. Abang pun tak mampu nak buat apa-apa. Sebab tulah Wani suruh Kak Dayah bersiap sedia berdepan dengan Linda. Dia sanggup buat apa pun untuk dapatkan abang. Kalau Kak Dayah masih ambil hati lagi, dia pula sedang bergembira sekarang.”
Tapi abang...”
Abang tu sebenarnya pemalu nak tunjuk yang dia sayangkan orang. Macam mula-mula dia dapat tahu Wani adik perempuan dia. Bukan main benci lagi bila berdepan dengan Wani tapi senyap-senyap dia aturkan semua untuk Wani. Mula-mula Wani ingat, itu tanggungjawab dia tapi lama-kelamaan Wani boleh nampak hatinya yang penyayang. Asalkan kita jangan cepat putus asa, Insya Allah, kita akan nampak hasilnya nanti. Jadi, Kak Dayah jangan putus asa dengan abang.”
Tiba-tiba aku rasa bersemangat. Kalau apa yang Wani cakap itu benar, aku tak boleh terus begini. Aku kena berjuang untuk masa depan aku dan suami aku. Aku tak akan benarkan sebarang anasir jahat merosakan hubungan kami lagi. Lebih-lebih lagi Linda. Mulai hari ini aku isytiharkan perang dengan Linda!
Jagalah kau Linda!
Tapi... sebelum tu... macam mana nak berdepan dengan suami aku? Aku perlu minta maaf ke? Tapi kalau aku tak minta maaf, macam mana aku nak teruskan misi seterusnya? Memanglah bukan salah aku tapi kalau nak tunggu orang yang ego tinggi tu minta maaf, memang sampai bila pun takkan berlaku.
Wani, abang ada di mana sekarang?” tanyaku.
Wani tiba-tiba tersengih. Dia ni tahu saja apa yang aku fikir.
Okey, jom kita ganggu orang-orang yang mabuk kerja tu. Jom serang Linda sekarang. Sebab dia jugalah Ilham terpaksa pergi kerja hari ni!” Wani juga geram. Oh, baru aku tahu bukan aku saja yang tak puas hati dengan Linda sekarang. Wani juga.
Jom!” kataku semakin bersemangat.
Kami segera mengatur langkah keluar dari komplek membeli-belah menuju ke tempat letak kereta. Memandangkan orang ramai beratur untuk membayar parking kereta, aku menyuruh Wani ke kereta. Sudahlah berbadan dua, kena beratur panjang pula.
Selepas membayar parking kereta, aku pun cepat-cepat melangkah ke kereta. Semasa aku hendak melintas, aku terdengar hon yang panjang. Serentak itu aku berpaling. Aku lihat sebuah kereta dengan silauan lampu yang menyakitkan menghampiri aku dengan laju.
Aku tak mampu hendak berbuat apa-apa. Tiba-tiba kaki aku seperti disimen. Kaku di situ. Aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu. Apa yang pasti, aku lihat kereta itu sudah berhenti secara mengejut. Hanya tinggal satu inci lagi, kalau tidak memang aku dah kena langgar.

Tapi aku masih lagi terkejut. Jantung aku hampir nak terkeluar. Tiba-tiba aku rasa dunia aku seakan berputar. Seterusnya, aku tak tahu apa yang berlaku...

Comments

  1. aduhhh what happen what happen.. hero dtg x? Linda ni btl2 langau ssh nk hapus

    ReplyDelete
  2. Suspen2... apa jd ngn dayah yer...siannya

    ReplyDelete
  3. Sib baik ada adik ipaq yg baik hati.... hrp xda per2 la jd kt dayah tu...

    ReplyDelete
  4. Mula2 rasa mcm nak terajang je syazwan sbb peluk linda.Agak2la dah ada bini...dayah! Teruskan usha...walau hati dihiris belati tajam

    ReplyDelete
  5. wahhhh menarik...trase cuak jugak td... xsabar nk taw pe plan mendajalkn linda oleh dayah n wani hahahah

    ReplyDelete
  6. cik suami knp heartless sangat, please say something to the wife, oooooo may be, baby on the way kot,hahaha....nak lagi, nak lagi, cik cepatlah sambung nak tahu .......

    ReplyDelete
  7. Aaaaaaa....apa jdi ng dayah??????

    ReplyDelete
  8. x leh read ep 14

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suamiku Workaholic [Bab 12]

Awal-awal pagi lagi aku dan suamiku sudah berangkat ke KLIA dengan menaiki teksi. Sebelum berangkat sempat lagi aku menghubungi ibu dan ayah untuk memaklumkan pemergian kami ke Langkawi. Sengaja aku beritahu mereka sebab tidak mahu mereka tiba-tiba datang terjah rumah. Walaupun mereka tak pernah buat lagi tapi aku ada perasaan yang mereka akan buat suatu hari nanti. Lagipun, walaupun mereka beria-ia sangat suruh aku berkahwin dengan Syazwan tapi mereka sebenarnya risaukan perkahwinan kami. Maklumlah aku kahwin dengan Syazwan pun secara terpaksa sebab bakal pengantin melarikan diri. Mereka pun sudah sedia maklum dengan Syazwan yang workaholic.

Suamiku Workaholic [Bab 16]

Bila aku terjaga, aku mendapati aku berada di bilik yang asing. Bukan itu saja, tangan aku dicucuk oleh saluran air yang datangnya dari sebuah beg air yang biasa aku tengok di hospital. Aku cuba kerahkan tenaga yang ada untuk bangun. Pening-pening lalat kepala aku seketika. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku berada di hospitalkah? Tapi kenapa katil aku macam tak nampak katil hospital? Luas pula tu, cukup untuk dua orang tidur. Di sekeliling aku pun sama. Ada sebuah almari dan di sudut lain, ada set sofa. Macam bukan di hospital tapi di hotel.

Suamiku Workaholic [Bab 1]

Ibu kata, Syazwan paling tak suka dengan orang yang lambat datang janji temu. Jadi, awal-awal lagi aku sudah datang ke tempat janji temu. Masa tu, cafe yang menjadi tempat pertemuan kami itu baru sahaja buka. Lama juga aku duduk menunggu maklumlah aku datang setengah jam lebih awal. Tepat pukul 10.00 pagi, Syazwan datang tepat pada masanya. Padanlah dia sudah jadi seorang yang berjaya dan bekerjaya. Dia datang dengan baju kot (ah, cair!). Nampak segak dan bergaya. Serius aku sudah jatuh hati. Datang-datang saja, dia terus renung aku dari atas hingga bawah. Berdetak juga jantung aku tiap kali matanya scan setiap inci tubuh aku. Macam mata Superman yang boleh tengok dalaman tubuh orang pula. Setelah dia berpuas hati, barulah dia duduk dan membuat pesanan kepada pelayan cafe itu. Kemudian, dia keluarkan tab miliknya dan senyap.