Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Tak dapat saya gambarkan perasaan saya sekarang bila cover SUAMIKU WORKAHOLIC dah keluar. Selama lebih empat atau lima bulan berhempas pulas menyiapkannya, akhirnya saya dapat lihat hasil saya. Seronok tak terkata. Terima kasih kepada pembaca setia menanti SW ini. Kerana korang yang selalu push saya bila nak up bab baru, itu yang membuatkan saya teruskan cerita ini. Kalau tidak, memang akan saya tinggalkan bila dah sampai di pertengahan jalan. Siapa yang belum tengok cover, tengoklah puas-puas. Ada saya tepek di atas, kalau tak nampak, tak tahulah hehehe… Saya suka dengan cover ni. Penggunaan tulisan yang senang dibaca coz saya ni ada masalah nak baca tulisan yang berbelit-belit. Penggunaan warna yang harmoni, nampak sweet dan tenang – saya suka. Dan yang paling saya suka teddy bear tu. Hah! Kalau tengok sekali imbas, korang mungkin tak perasan. Cuba tengok tenungan teddy bear tu. Sama macam saya gambarkan Syazwan tenu