Tip no. #3 Ajak dia lakukan aktiviti bersama-sama. Aku duduk di hadapannya. Dia sedang tidur. Nyenyak sungguh dia tidur sampai aku tak sanggup nak geraknya. Yelah, bukan senang nak tengok dia tidur sampai matahari meninggi begini. Selalunya selepas solat subuh dia jarang tidur semula. Ini kali pertama. Mungkin dia penat sangat kot. Aku masih menunggunya sedar. Sejujurnya bukan aku tak sanggup bangunkan dia tapi aku nak tengok muka dia puas-puas. Baru aku perasan, dia ada kening yang lebat dan bulu mata yang melentik cantik. Wah, kalah model Maybelline.